Netizen tak puas hati security ditahan kerana mencuri makanan bernilai RM38.80


Dua pengawal keselamatan yang ditahan - Gambar Utusan


By Nadhirah Sofea Rashid

Dua pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Terengganu direman empat hari selepas disyaki mencuri pelbagai jenis makanan bernilai RM38.80, milik pasaraya tersebut.

Suspek yang berusia 19 dan 20 tahun ditangkap selepas plastik dan sisa makanan yang dicuri dijumpai di pondok pengawal.

Mereka dipercayai mencuri makanan berupa roti, pizza mini, muffin coklat dan ayam goreng.

Namun, penangkapan kedua-dua suspek tersebut menyentuh hati ramai netizen yang menganggap tangkapan yang dibuat itu keterlaluan!

Ada juga yang berpendapat bahawa budi bicara dan ihsan sesama manusia perlu dipertimbangkan dalam hal ini.

Seorang netizen ini menulis bahawa dia sanggup membayar ganti rugi sebanyak RM50 sekiranya pemilik pasaraya itu menarik balik laporan.


Tidak dinafikan bahawa perbuatan mencuri itu salah disisi undang-undang tetapi beberapa pendapat mengatakan mereka bertindak seperti itu mungkin gara-gara desakan kewangan.

Netizen mengesyorkan bahawa ada cara lain yang lebih mudah untuk menyelesaikan masalah ini.





Ada yang sampai nak boikot pasaraya tersebut!

Mungkin gaji mereka lambat masuk? Atau pun mereka ditindas? 

Perbuatan mereka memang salah disisi undang-undang, tetapi budi bicara sesama manusia perlulah kita pertimbangkan.