Sudahlah bonet teksi penuh sampah, pemandu pula kurang ajar!


Bonet kereta yang penuh dengan sampah


By Nadhirah Sofea Rashid

Bila kita bayar sesuatu servis, pasti kita mengharapkan servis yang terbaik, bukan? Mesti kecewa kalau dapat servis teruk!

Ha, itulah yang terjadi kepada seorang wanita apabila teksi yang dinaikinya penuh dengan sampah!

Eh, ini tong sampah ke teksi ni?? Korang nilai lah sendiri gambar dibawah.

Image may contain: indoor

Bukan sahaja kereta yang dipenuhi sampah yang perlu dihadapi oleh Siti Hajar Azmi, tapi dia juga terpaksa berhadapan dengan pemandu teksi yang kurang ajar.

Haish, merosakkan nama teksi je!

Kejadian ini berlaku di Bandar Sri Pemaisuri, Kuala Lumpur.

Menerusi posting di Facebook, Hajar sudah pun membuat laporan kepada pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) berkenaan hal itu.

"Mohon berhati-hati jika anda ingin menaiki teksi. Terutama teksi HWE***0.

"Teksi ni sangat kotor dan driver yang rude. Saya telah pun membuat aduan di Hotline APAD dan isu ini akan diserahkan pada pihak JPJ untuk tindakan lanjut," tulisnya.

Tindakan Hajar yang tidak meletakkan begnya ke dalam bonet membuatkan pemandu itu berang.

"Aku tutup bonet dan letak beg dalam kereta sebab bonet penuh sampah. Dia pandang aku dan cakap 'pahal tak letak belakang?'

"Aku cakap lah dalam bonet banyak sampah. Dia tak puas hati keluar kereta buka bonet kereta ambil beg aku dan sumbat je dalam tu. Pemandu tu cakap 'bangla pun boleh muat tiga beg, kau satu beg je pun," tulisnya lagi.

Ha, korang bayangkan lah beg pakaian dihumban dalam bonet penuh sampah???


Niat Hajar untuk membatalkan perjalanan tersebut disekat apabila pemandu teksi itu mengugut Hajar untuk membayar RM3 jika mahu begnya dikembalikan.

“Suruh bayar RM3 sebab dah buka teksi dia. Kalau tak bayar RM3 tu dia nak bawa lari beg aku. Disebabkan nak cepat aku pun naik je,” katanya lagi.

Hajar turut berkongsi bahawa dia dimaki dengan kata-kata kesat sepanjang perjalanan itu.

Namun gagal untuk merakam kejadian gara-gara pemandu tersebut menguatkan bunyi radio dalam teksi tersebut.

Haish, dah lah bersikap kurang ajar, mengugut pula tu?! Manalah orang tak nak naik teksi dah sekarang ni.

Perangai macam ni lah yang membuatkan teksi-teksi lain turut terkesan.