Ifan Seventeen Lawat Mangsa Buli Indonesia, Audrey


Vokalis kumpulan Seventeen, Ifan telah melawat mangsa buli, adik Audrey


By Syafiqah Azman

Vokalis bagi kumpulan Seventeen, Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah telah melawat dan memberi semangat kepada seorang mangsa kes buli di Rumah Sakit Promedika Pontianak pada Rabu. 

BACA: Melampau! Remaja 14thn dipukul dan ditusuk kemaluan  

Difahamkan Audrey yang merupakan seorang siswi Sekolah Menengah Atas (SMA) telah di diserang oleh 12 orang siswi yang lain di kawasan sekolah iaitu di Pontianak, Kalimantan Barat, hanya gara-gara satu komen di media sosial, Facebook. 

Kes buli yang telah mengemparkan dunia ini mendapat banyak perhatian ramai dan rata-rata warga netizen telah membuat beberapa petisyen dengan tanda pagar #JusticeforAudrey untuk disebarkan agar 12 orang siswi tersebut menerima hukuman yang setimpal dengan apa yang mereka telah lakukan. 


Menerusi media sosial Instagram, satu video telah dimuat naik oleh Ifan ketika melawat adik Audrey di Rumah Sakit atau Hospital. 

“Mohon doa dari anda semua, semoga pesalah mendapatkan hukuman yang adil tanpa ada campur tangan dari mana-mana pihak,” tulis Ifan di ruangan kapsyen video tersebut. 

Tambahnya lagi, harap orang ramai dapat mendoakan kesihatan Audrey agar segera pulih dan dapat kembali tersenyum. 

Terdahulu, Ifan telah memuat naik satu video di mana dia tidak mengaburkan wajah adik Audrey di mana telah dipadam dan dimuat naik dengan video baru. 

"Mengenai video sebelum ini, walaupun adik Audrey sendiri meminta tidak mengaburkan wajahnya, tetapi saya membuat keputusan sebaliknya kerana mahu kita semua lebih fokus kepada penyelesaian masalah ini," jelas Ifan lagi. 

Ifan turut memohon orang ramai agar berdoa supaya tiada lagi sebarang kes seperti ini yang berlaku di negara tersebut. 

Insya Allah, moga adik Audrey kembali sihat, semangat dan ceria seperti dulu. 


Pada Disember lalu, Ifan telah kehilangan isterinya, Dylan Sahara serta drummer bagi kumpulannya, Seventeen, Andi, dalam satu peristiwa ngeri Tsunami yang melanda Banten, Selat Sunda. 

BACA: Pemergian Drummer Seventeen, Andi Turut Dirasai Nidji

Apa pun, kita doakan kesejahteraan buat adik Audrey dan juga Ifan, agar kedua-duanya sentiasa dibawah lindungan Allah SWT dan sentiasa kuat dalam menjalani kehidupan seperti biasa, amin.