Make-up artis berusia 12 tahun beli BMW untuk hari jadinya


Natthanan gemar bermain dengan alat solek sejak berusia 5 tahun


By Huzraifah Atikah

Okay, cuba korang kenang balik masa umur 12 tahun dulu buat apa je?

Mesti ramai yang akan jawab tengah sibuk main kejar-kejar, main guli, main patung dan tak pernah fikir apa pun lagi kan.  

Baru-baru ini netizen di Facebook agak gempar apabila viral mengenai budak 12 tahun membeli kereta BMW untuk diri sendiri, padahal dia belum boleh memandu pun lagi. Memang woah! 

Mungkin ada yang sudah berusia 30 tahun pun belum tentu mampu untuk beli kereta Perodua Axia...

Tapi siapa dia ni? 

Nampaknya budak 12 tahun yang bernama Natthanan ini memang hebat kerana dia menjadi make-up artis atau MUA diusia muda dan juga telah berjaya hingga ke tahap antarabangsa.


Ha jangan main-main, budak 12 tahun sekarang pun boleh berjaya tau.

MUA terkenal ini berasal daripada Thailand dan  dia telah menceburi dalam bidang ini sejak berusia lima tahun lagi. 

Pada awalnya, Natthanan gemar merakam video ketika dia bermain dengan alat solek, lalu dimuat naik ke laman Facebook miliknya. 

Mula-mula hanya hobi, kini dia telah menjadi MUA profesional dan pengikutnya di Facebook telah mencecah sebanyak 900,000! Fuh…

BBC juga telah membuat liputan mengenainya tahun lepas.

">

Bukan itu sahaja, diusia muda juga Natthanan telah pun mempunyai portfolio kerjaya yang kukuh. 

Dia juga telah dipilih untuk menjadi salah seorang yang termuda untuk menjadi MUA di London Fashion Week 2018. 

“Saya tidak menganggap ini satu kejayaan yang perlu saya banggakan sangat kerana setiap yang saya lalui itu adalah pengalaman yang membolehkan saya menjadi lebih baik dalam bidang ini,” kata Nattahanan. 

Dia juga berkata, ketika berusia 5 tahun, videonya telah viral namun begitu dia mendapat banyak kritikan. 


Ketika itu, dia masih tidak tahu apa yang dikatakan oleh netizen. 

Setelah dia berusia 7 tahun, dia membaca semula komen-komen itu dan barulah dia memahami kata-kata benci yang di lemparkan kepadanya. 

Tapi itu bukan sebab untuknya berhenti di situ, dia teruskan minat dan seawal umur 7 tahun, dia menghadiri kursus-kursus make-up sehingga dia mahir dalam bidang itu. 




YC memang kagum dengan keazaman tinggi Natthanan ni. 

Ini boleh dijadikan salah satu inspirasi kepada mereka diluar sana yang ingin mencapai sesuatu tetapi merasakan tidak berkemampuan tidak kira dari segi apa sekali pun.

Kerana bak kata orang, “dimana ada kemahuan di situ ada jalan”.