Apabila lif sentiasa penuh...


Lif dipenuhi warga sihat belaka - Gambar daripada Twitter


By Nadhirah Sofea Rashid

Selalunya, warga emas, ibu bapa yang mempunyai stroller dan golongan kelainan upaya diutamakan sekiranya ingin menggunakan lif.

Yelah, kalau mereka nak naik eskalator biasa tu boleh mendatangkan bahaya. Tapi lain pula jadinya sekarang. 

Kalau korang perhatikan, lif di dalam mall selalunya penuh dengan mereka yang sihat-sihat belaka.

Seorang pengguna Twitter berkongsi keadaan itu.

Masyarakat Malaysia kenalah bertimbang rasa dan beri laluan kepada golongan yang memerlukan lif ni. 

Kita selalu nampak ada segelintir yang tidak peduli sekiranya ada ibu bapa bawa anak naik stroller ke, golongan tua naik kerusi roda ke, dia 'selamber' je naik tanpa rasa bersalah.

Kebanyakkan lif ada meletakkan laluan khas atau sekurang-kurangnya notis pemberitahuan untuk memberi laluan kepada golongan yang memerlukan.

Ni contoh priority queue.


Kalau korang tengok dekat gambar di atas, sepatutnya korang bagi laluan dekat ibu mengandung, warga tua, orang yang menaiki kerusi roda dan ibu bapa yang membawa stroller.

Cuba bayangkan diorang semua ni kena guna eskalator.

Selain membahayakan diri sendiri, bahaya tu boleh terkesan dekat orang lain yang menggunakan eskalator yang sama juga. Bukankah lagi menyusahkan?

Syarikat yang menguruskan mall itu sendiri perlulah bertanggungjawab dengan meletakkan notis seperti gambar di atas supaya pengguna boleh memberi ruang kepada yang lebih memerlukan.

Rasanya kalau ada notis seperti ini dekat setiap lif mungkin mereka lebih bertimbang rasa kot?

Melainkan yang tak ada common sense langsung...

Lagi netizen kongsi rasa tak puas hati! 



Memang betul lif itu hak bersama tetapi kita kenalah ada common sense dan rasa simpati sikit.

Bagi keutaaman kepada yang memerlukan dan semua akan rasa senang hati.

Nah, untuk lagi kesedaran, korang tengok lah gambar dekat bawah ni.

Ha, dah insaf belum? Lain kali bertimbang rasa okay!