Seorang Lelaki ‘Pinjam’ Seluar Dalam Jiran?


Lelaki dipercayai 'pinjam' seluar dalam jiran


By Syafiqah Azman

Satu video tular menunjukkan seorang lelaki telah mengambil seluar dalam yang disidai oleh tuan rumah bersebelahannya. 


Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang? Kes macam ni memang patut heret pergi balai je!

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial Facebook, seorang lelaki dipercayai telah mengambil beberapa helai seluar dalam yang telah disidai di dalam rumah dengan menarik ampaian tersebut. 

Korang rasa dia buat apa dengan seluar dalam tu? Apa punya perangai la orang macam ni.

Individu terbabit kemudian memulangkan balik ‘barang’ yang diambil dengan meletakkan semula di ampaian tersebut. 

Rasanya sekarang kena berhati-hati, walaupun dengan jiran sendiri! Manusia sekarang memang macam-macam perangai. 

Kepada wanita di luar sana, elakkan sidai pakaian dalam di tempat yang orang mudah nak capai, tak pun sidai sahaja di dalam rumah. Lebih baik berhati-hati betul tak? 

Apa pun, harap pemilik video ni sudah pun membuat laporan polis. Biar orang macam ini ditahan agar serik tidak melakukan hal sebegini lagi.