“Jangan Bitchy Sangat Boleh Tak?” – Nelydia Senrose ‘Back-up’ Oktovia Manrose


Nelydia Senrose berang netizen kecam sepupunya, Oktovia Manrose


By Syafiqah Azman

Baru sahaja selesai melangsungkan perkahwinan pada Ahad lalu, pelakon drama Setia Hujung Nyawa, Nelydia Senrose dan suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid nampaknya sudah pun memulakan kerja mereka seperti biasa. 

Eh tak ‘honeymoon’ ke? Tapi bukan itu yang kita nak cerita kali ini. 

Dengar cerita, Nelydia marah benar bila sesetengah netizen mengecam sepupunya, Oktovia Manrose di media sosial Instagram. Amboi, tak habis lagi ke? 

Pada Selasa lalu, Oktovia telah memuat naik satu foto bersama Nelydia dan suami pada majlis persandingan mereka serta menulis ucapan buat pasangan tersebut di ruangan kapsyen dan ternyata foto tersebut menarik perhatian netizen. 


“Jangan sailang suami dia pula nanti,” tulis salah seorang netizen di ruangan komen. 

Bukan seorang dua ya yang meninggalkan komen sebegitu. Rupanya ramai juga! 

Komen-komen tersebut telah membuatkan Nelydia berasa bengang dan menyatakan bahawa cukuplah kecaman yang telah diberikan kepada sepupunya itu. 


“Shut up guys! Jangan nak bitchy sangat boleh tak? Semua benda nak kecam,” tulis Nelydia. 

Itulah netizen ni kalau selebriti dah buat salah sekali, memang ingat sampai mati ya? Bukan main lagi! 

Tambah Nelydia lagi, dia yang terharu dengan ucapan dan doa Oktovia terhadapnya berterima kasih dan menyatakan bahawa dia sayang akan sepupunya itu. 

“Terima kasih ngah atas doa. Love you!” 

Terdahulu, pelakon baru, Oktovia telah terpalit dengan satu kontroversi apabila ada dakwaan muncul mengatakan dirinya telah berdua-duaan bersama penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz di sebuah kelab terkemuka Kuala Lumpur. 

BACA: "Aliff buat hal lagi..." - Bella Astillah 

Namun Oktovia sendiri sudah memohon maaf secara terbuka kepada keluarga dan isteri Aliff, Bella Astillah dan menyatakan kekesalah terhadap tindakannya. 

BACA: Oktovia Manrose Mohon Maaf

Rasanya netizen dah boleh ‘move on’ dan biarkan perkara lepas berlalu. Tak usah keruhkan lagi keadaan macam ni bukan apa, takut lagi bertambah teruk. Betul tak? 

Apa pun, tahniah buat pasangan Nelydia dan suami, Hafez yang telah selamat bergelar suami isteri Sabtu lalu! Semoga berkekalan hingga ke Jannah dan dikurniakan cahaya mata yang comel-comel, amin! 

Pada mereka yang ingin melihat sekitar majlis persandingan Nelydia dan Hafez di JW Mariott Hotel Kuala Lumpur pada Ahad lalu, anda boleh lihat di bawah!