Human Calculator Malaysia raih naib johan dalam Asia's Got Talent!


Yaashwin Sarawanan aka Human Calculator


By Nadhirah Sofea Rashid

Sejak belakangan ni, Yaashwin Sarawanan atau lebih dikenali sebagai Human Calculator dari program realiti Asia's Got Talent berjaya meraih banyak tumpuan atas bakat geniusnya dalam Matematik.

Apa yang lebih membanggakan adalah Yaashwin, seorang anak tempatan Malaysia, berjaya mendapat tempat kedua dalam final Asia's Got Talent semalam!

Ini juga merupakan kali pertama peserta dari Malaysia mencapai ke tahap ini.

Woah, tahniah buat Yaashwin!

Image result for human calculator asia's got talent final

"Saya tidak menjangka akan sampai sehingga tahap ini. Saya juga tak sangka ramai yang terhibur dengan matematik. Oleh itu saya gembira melihat ramai yang terhibur dengan persembahan saya," kata pelajar dari SMK Bandar Tun Hussein Onn (2) itu. 

Berkongsi mengenai perancangan akan datang, Yaashwin berazam mahu menyertai rancangan lebih besar iaitu Britain’s Got Talent demi meneruskan impiannya menjadi Human Calculator terkenal seluruh dunia.

“Selepas ini, saya memang mahu cuba pertandingan lebih besar. Saya tahu bakat sebegini akan dihargai di barat dan warga Asia sentiasa mendapat perhatian dalam bidang matematik.

“Bagaimanapun, saya juga akan terus mencari idea terbaik untuk menambah baik persembahan pada masa depan. Saya benar-benar mahu membuktikan bahawa bidang matematik juga perlu harus diiktiraf sebagai bakat,” ujarnya.

Persembahan terakhir Yaashwin menyampaikan konsep 'Back To Skool' bukan sahaja menerima sambutan hebat daripada penonton, bahkan berjaya membuat para juri terpukau!

Nah, buat korang yang terlepas, ini video persembahan Yaashwin!

Peh, memang genius lah Yaashwin ni! Satu Malaysia bangga dengan kejayaan Yaashwin.

Sementara itu, kumpulan nyanyian wanita NAMA dari Malaysia, juga berjaya memasuki finals semalam daripada ribuan peserta.

Johan pula berjaya diraih Eric Chien, ahli silap mata dari Taiwan dan Power Duo, penari daripada Filipina di tempat ketiga.

Tahniah buat semua!