Euw, pengotor! Ibu biarkan najis anak bersepah di depan mall!


Kejadian yang berlaku - Gambar Facebook


By Nadhirah Sofea Rashid

Kita selalu dengar macam-macam perangai pelik yang dibawa oleh pelancong dari serata dunia.

Tapi, apa yang bakal korang tahu ni sangat menjijikkan ye!

Tular di media sosial apabila seorang ibu yang merupakan pelancong dari China dengan bersahaja menyuruh anaknya membuang air besar di depan sebuah pusat membeli belah di Sabah.

Menurut FB Pisang Cheese, kejadian tidak senonoh itu berlaku di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah.

Kalau korang perhatikan gambar, ibu tersebut rileks je biarkan anak dia cangkung di kawasan umum.

Ibunya kemudian menadah najis anaknya mengguna tisu. Lepas tu, tisu tersebut dibiarkan saja berlegar di sekitar ruangan lobi.

Tak hormat pengunjung yang lain langsung! Pengotor tahap apa ni?!


Rata-rata netizen memang mengecam perbuatan pelancong ini. 




Adoi, rasanya Malaysia ni ada banyak tandas awam yang disediakan, dekat depan lobi juga dia nak buang air besar. Memalukan!