Tahniah! Khai & Rosma Dapat Baby Girl - Nur Alya Dhania


Khai dan mendukung Nur Alya Dhania


Tahniah Youth Connect ucapkan buat pasangan selebriti suami isteri, Khai dan Rosma yang juga bekas bintang Akademi Fantasia Musim Pertama. Diam tak diam pasangan ini telah pun dikurniakan baby girl yang bernama Nur Alya Dhania. 

Dilahirkan di Hospital Azzahrah Bangi pada jam 1.48 petang semalam dengan berat sebanyak 2.8 kilogram, Nur Alya Dhania telah dilahirkan dengan selamat dan secara normal.


"Syukur Alhamdullillah. Terima kasih buat doktor Noraini serta semua pembantu di hospital di atas segala layanan dan bantuan yang diberikan.

"Terima kasih juga di atas doa- doa kalian semua iaitu daripada famili, saudara-mara, sahabat-sahabat dan rakan-rakan di FB & IG kami.

"Dalam bulan April ada 3 tarikh penting buat saya. 11 April (harijadi Dhania), 16 pril (harijadi Rosma)  dan 26 April  (Anniversary kami) ," katanya Khai dalam posting IGnya. 

Nur Alya Dhania adalah anak ketiga hasil perkongsian hidup di antara Khai dan Rosma selepaas 11 tahun mendirikan rumahtangga. Anak pertama mereka adalah lelaki iaitu  Muhammad Amzar Danish, 10, dan anak kedua iaitu perempuan bernama nur Amani Damia, 5.