Pedofilia ditangkap memasukkan jari di kemaluan budak 3 thn


Perbuatan pedofilia amat jijik dan hina! - Pix from Google


By Huzraifah Atikah

Amat menjijikkan dan hina sekali! 

Dimanakah perginya sikap kemanusiaan seorang lelaki yang berani untuk menyentuh alat sulit seorang kanak-kanak yang masih tidak tahu apa-apa?

Tergamak dan biadap sekali. Tidak ada seorang pun ibu yang mahu melihat anak kesayangan yang masih kecil untuk menjadi mangsa pedofilia.

Namun malang tidak berbau, apabila satu kejadian yang tidak diingini terjadi kepada seorang budak perempuan yang masih kecil.


Lebih kurang pukul 4 petang Isnin lalu, ibu tunggal berusia 21 tahun itu telah pergi ke rumah rakannya di Permai Jaya, Sibu bersama-sama anak perempuannya yang berusia 3 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu Stanley Jonathan Ringgit, rakan ibu tersebut tinggal di rumah bersama suaminya yang berusia 37 tahun. 

Pada pukul 9.30 malam, ibu muda itu terpaksa meninggalkan anak perempuannya di rumah rakannya untuk pergi ke kedai untuk membeli makanan.

Setengah jam selepas itu, rakannya menelefon dan berkata anak perempuannya menangis dan meminta dia segera balik ke rumah. 

Ketika sampai di rumah itu, ibu muda tersebut terkejut apabila diberitahu bahawa suami rakannya telah menonton video pornografi di telefon pintar bersama-sama anak perempuannya. 

Dengan segera dia membawa anaknya pulang ke rumah mereka. 

Namun, apabila dia sampai ke rumah ketika dia ingin memandikan anaknya dia mendapati ada kesan merah dan darah di kemaluan anak perempuannya.


Dengan perasaan marah dan kesal dia segera pergi ke balai untuk membuat laporan polis.

“Apabila ditanya, budak perempuan itu memberitahu ibunya bahawa suspek telah memasukkan jari di kemaluannya,” kata Stanley. 

Dua hari selepas kejadian tersebut, suspek telah pun diberkas bersama-sama telefon pintar yang mengandungi bahan pornografi. 

Kes ini kini di siasat dibawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 

Cuba bayangkan apa akan terjadi jikalau ibu tersebut lambat mengambil anak perempuan itu dari rumah rakannya…

Bahaya pedofilia ini amat menakutkan kerana si pelaku biasanya orang yang dikenali. 

Ibubapa dinasihatkan mengajar anak mengenal apa itu sentuhan selamat dan pengajian seksual agar anak boleh berkomunikasi jika terdapat pihak yang cuba menyentuhnya. 

Apa kata anda? Haruskah kita meminta kerajaan untuk memberi hukuman yang lebih berat agar dapat membanteras perbuatan pedofilia?