Murid perempuan kena rasuk di Penang!


Kejadian itu dikatakan terjadi di Kompleks Sukan Balik Pulau - Gambar Facebook


By Nadhirah Sofea Rashid

Pernah tak korang tengok atau alami pengalaman dirasuk?

Mesti trauma dan menakutkan, kan?!

Ha, semalam media sosial digemparkan dengan penularan satu video yang menunjukkan seorang murid perempuan dirasuk!

Murid perempuan yang merupakan pelajar SK Balik Pulau dikatakan dirasuk di Kompleks Sukan Balik Pulau.

Lihat video dibawah:

Murid perempuan itu dilapor berkelakuan pelik dan histeria di sekitar kompleks sukan tersebut.

Seorang ustaz datang membantu untuk merawat murid tersebut.

Ish ish ish, bahaya sungguh sekiranya perkara ini terjadi dan tiada siapa yang tahu cara untuk menanganinya.

Nasib baik murid itu selamat.