Jejaka muda menukar kereta Kenarinya menjadi ‘ambulan’ percuma. Hebat!


Wan telah melakukan kerja amal ini sejak awal tahun. -Pix from Sin Chew


By Huzraifah Atikah

Syabas buat jejaka muda ini kerana mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi!

Tidak semua orang mampu atau mahu melakukan apa yang dilakukannya. 

Lelaki 23 tahun dari Sandakan, Sabah ini telah mengubah suai keretanya untuk dijadikan ‘ambulan’ dan menghantar penduduk dari pedalaman kampung ke hospital.

Apa yang mengejutkan, dia melalukannya secara percuma!

Mohammad Kadir atau lebih senang dengan nama panggilan Wan berkata dia tergerak hati untuk membuat demikian apabila dia melihat penduduk itu sukar mencari pengangkutan awam untuk ke hospital. 


Sejak kebelakangan ini, disebabkan penduduk pedalaman itu sering jatuh sakit, mungkin disebabkan cuaca yang tidak menentu, dia nekad untuk membantu. 

Disebabkan kedudukan kampung itu tidak strategik, pengangkutan awam sukar untuk sampai ke sana dan jikalau ada pun ianya amat mahal.

Sejak awal tahun ini, Wan telah menyedaikan perkhidmatan ‘ambulan’ dan dia menghantar sehingga tiga pesakit ke hospital setiap hari.

“Kadang-kala ada yang menelefon pada pukul 1 atau 2 pagi dan saya tetap mengambil mereka dirumah dan hantar ke hospital,” kata Wan.

Setakat ini Wan tidak bekerja, maka cara untuk mengekalkan perkhidmatannya adalah dengan mendapat sokongan kewangan dari rakan-rakan yang mempunyai niat yang sama untuk membantu masyarakat disana.


Wan berkata inspirasinya untuk melakukan perkhidmatan itu adalah daripada pengaruh baik seorang rakan lamanya yang sering membuat kerja sosial untuk membantu masyarakat. 

Wan berharap perkhidmatannya dapat diteruskan dan dikembangkan lagi untuk membantu mereka yang memerlukannya.

Dia juga sedang mencari dana yang lebih besar agar kesedaran masyarakat dapat di pupuk bersama dan lebih ramai orang akan menyedari masalah pengangkutan di Sabah. 

Tidak dinafikan pembangunan banyak berlaku di kawasan bandar sahaja tetapi hakikatnya kawasan luar bandar masih banyak perkara yang belum dititik beratkan. 

Maka, kerja amal yang dilakukan Wan ini amat diperlukan sementara kerajaan masih membangunkan kawasan luar bandar.