Jihan Muse Terkehel Tulang Pinggang, Bukan Slipdisc


Jihan Muse sah bukan kena slipdisc, cuma terkehel tulang pinggang


By Syafiqah Azman

Ramai pasti tertanya-tanya mengenai penyakit yang dialami oleh seorang pelakon, pelawak dan pengacara popular Jihan Muse, gara-gara satu post di media sosial Instagramnya tempoh hari. 

Segalanya terjawab apabila Jihan atau nama sebenar Nur Jihan Musa, menjelaskan sendiri di Instagram mengenai sebab mengapa dirinya melalui pemeriksaan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) di hospital pakar pada Selasa lalu. 


“Alhamdulilah...saya bukan kena slipdisc, cuma terkehel sedikit dan perlu berhati-hati serta berjaga-jaga selepas ini,” tulisnya di ruangan kapsyen foto tersebut. 

Mungkin Jihan kerja kuat sangat tu yang sampai terkehel tulang pinggang tu! 

Menerusi laporan media mStar online, Jihan turut menjelaskan bahawa sakit pinggang yang dialaminya itu telah menjejaskan pergerakan selain menyebabkan dia sukar tidur malam. 

“Sebenarnya dah lama sakit, cuma saya ingat sebab bersalin. Tapi kebelakangan ni rasa terlampau sakit dan tidak tahan kerana ia sampai menggangu tidur saya,” jelasnya. 

Jihan turut berkongsi mengenai masalah kesihatannya itu dan memaklumkan bahawa dia perlu menjalani beberapa rawatan fisioterapi bagi memulihkan tulang pinggangnya. 

“Saya tak pernah jatuh sebelum ini, jadi doktor kata mungkin ia disebabkan kerja terlampau lasak. Dan doktor turut menasihati agar tidak banyak bergerak dan perlu berehat secukupnya.” 

Dalam masa yang sama, Jihan turut menyatakan bahawa dia terpaksa menangguhkan beberapa rakaman dengan pihak produksi sehingga masalah kesihatan tersebut pulih sepenuhnya. 


Ramai turut menyangka bahawa Jihan tidak akan mengacara Anugerah Meletop Era akan datang kerana balasan komennya bersama dengan pengacara, Nabil Ahmad. 

Sementara itu, Jihan yang baru sahaja melancarkan baju raya bersama suami, Ungku Hariz serta anaknya, Ungku Arsalan Haq atas kolabarasi bersama Stavillion menyatakan rasa bersyukur kerana buat pertama kalinya pasangan tersebut mempunyai satu koleksi khas baju raya anak beranak. 

Apa pun tahniah buat majlis pelancaran baju raya Starvillion pada Khamis dan semoga Jihan cepat sembuh! Jangan kerja keras sangat ya!