7 Hotel Ini 'Port Best' Untuk Kamu Lepak Selepas Exam!


Tempat percutian urban dan hipster


By mr spiky

Tahniah kami ucapkan buat mereka yang baru sahaja mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini. Buat yang tidak berjaya, usah risau kerana perjalanan sebenar akan bermula selepas ini. 

Selepas ini juga, masing-masing akan membawa haluan sendiri dan untuk itu apa kata 'belanja' diri kamu dan rakan-rakan untuk makan angin dan habiskan masa bersama di hotel yang gempak ini!

Bukan sahaja kerana ianya lebih hipster dan urban, malah pilihan lokasi dan pemandangannya juga cukup menenangkan buat kaki travel. Buat kamu yang baru sahaja menduduki peperiksaan, hilangkan tekanan tersebut dengan bercuti di sini! 

Capsule Town Hotel Kuala Lumpur



Saat berada di dalamnya, kamu akan terpukau dengan minimalis konsepnya yang seakan-akan berada di dalam sebuah kapal angkasa. Hotel yang diinspirasikan dari sebuah kapsul ini terletak di Petaling Street. Lokasi yang cukup sesuai untuk kamu habiskan masa bersama-sama rakan. Pencinta fotografi? Inilah tempat kamu!

Chaos Hotel Kuala Lumpur



Sehebat namanya! Chaos Hotel ini begitu sesuai untuk jadikan persinggahan kamu dan rakan-rakan tatkala berada di segi tiga emas Kuala Lumpur. Rekannya juga begitu futuristik, sesuai dengan mereka yang ingin santai di sebalik kesibukan kota raya.

Sekeping Serendah, Selangor



Cuba kamu bayangkan, sebuah penginapan yang berkonsepkan hutan semulajadi. Benar! Lokasi unik ini sesuai untuk kamu yang inginkan ketenangan. Tips kami, untuk kamu yang ingin rasai pengalaman sebenar, boleh memilih bilik yang berdindingkan kaca lutsinar. Barulah rare!

Tadom Hill, Selangor



Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi! Terletak hanya 12 minit daripada KLIA dan 45 minit daripada bandar Kuala Lumpur, Tadom Hill Resorts kini merupakan kawasan perkhemahan dan port wajib remaja kini! Sukakan aktiviti outdoor dan alam semula jadi? Inilah syurga kamu dan rakan-rakan.

Glamping Lost World Of Tambun, Perak



Bercakap mengenai Lost World Of Tambun sudah pasti kamu akan fikirkan mengenai taman tema air yang cukup menghiburkan! Tetapi tahukah, di sebalik kemeriahan tarikan tersebut, wujudnya Lost World Glamping, perkhemahan mewah yang bagi kami cukup berbaloi untuk dirasai. Sangat berbaloi!

Glamz At Genting, Pahang



Satu lagi glamping yang ingin kami perkenalkan pada kamu adalah Glamz yang terletak di Genting Highland Pahang. Cuba bayangkan kesejukan tanah tinggi genting, melihat pemandangan langit dan bintang yang cantik dikala malam? Semestinya percutian kamu bersama rakan-rakan akan lebih bermakna!

Dash Resort Langkawi, Kedah