Kak Girl Hebat Bergelek Lagu Nour El Chams, Warga Arab Puji Melambung...


Kak Girl


Bukan setakat pandai menari Bollywood, Nur Amira Maslan, 32, atau lebih dikenali sebagai Kak Girl juga hebat bergelek dan meniru stail ala-ala penari Belly. 

Gara-gara bergelek sakan lagu Nour El Chams yang dipopularkan Pascale Machaalani, Kak Girl yang juga penyampai radio Best FM telah mendapat pelbagai pujian daripada warga Arab dan India menerusi sosial media Instagram miliknya. 

Rata-rata mereka berpendapat bahawa Kak Girl pandai sekali bergelek sampaikan netizen pun terkedu kerana tidak menyangka Kak Girl handal melakukan tarian tersebut. 

Pun begitu, netizen akui bahawa mereka sangat terhibur menyaksikan gelek Kak Girl dan berpendapat bahawa apa yang Kak Girl lakukan itu telah menceriakan hidup mereka. 

Ha...walaupun Kak Girl berbadan besar tapi ternyata dia memiliki groove dan boleh menghayati rentak lagu serta menguasai ilmu tarian dengan baik. So...bukan semua jenis tarian memmerlukan bentuk fizikal yang kurus dan langsing okay.