Satu MRT Jakarta Bergema Lagu Isabella, Bila Amy Search Jadi Penumpang


Amy Search


Demi mengatasi masalah kesesakatan yang melampau di Jakarta, pihak berkuasa di negara itu telah pun membina MRT dan ia sudah pun mula beroperasi ketika ini. 

Namun, demi mempromosikan penggunaan MRT yang lebih meluas di kalangan rakyatnya serta rakyat Malaysia yang sering melancong ke Jakarta, pihak MRT telah melakukan gimik yang menarik agar ianya menjadi lebih viral di sosial media. 

Well, siapa sangka MRT Jakarta akan menggunakan khidmat penyanyi lagenda Malaysia, Amy Search dengan menyamar sebagai penyanyi busker. 

Memanglah jadi tumpuanlah warga Jakartalah bila mereka mendapat tahu penyanyi itu adalah Amy Search, 

Amy Search turut busking di dalam MRT dan akhirnya bergemalah lagu Isabella. Satu MRT menyanyikan lagu itu bersama-sama dengan Amy. 

Bangga tak korang? Haa...begitulah penangan Amy Search. Tak caya, jom tonton video nih...