Norkhiriah Terkejut Bila Idolanya, Noorkumalasari Muncul Di Hari Jadinya


Norkhiriah dan Noorkumalasari


Siapa yang tidak terkejut apabila idola sejak kecil muncul di majlis ulang tahun kelahiran mereka. Itulah yang dialami pelakon Norkhiriah apabila pelakon berkaliber ini menerima kejutan yang tidak diduga pada sambutan hari jadinya yang ke-43 pada 11 April. 

Idola kesayangannya iaitu model, penyanyi dan pelakon lagenda, Noorkumalasari  tiba-tiba sahaja muncul meraikan sambutan birthday partynya  itu dan sudah tentu Norkhiriah atau Khiriah tidak dapat mengawal perasaannya. 

Excited sungguh Khiriah. 

Kebetulan Khiriah turut berkongsi tarikh birthday yang sama dengan Noorkumalasari. Jadi, sambutan hari ulangtahun kelahirannya itu menjadi lebih bermakna kerana dia turut meraikannya bersama dengan idolanya itu. 

Apapun, Happy Belated Birthday buat Norkhiriah dan Norkumalasari. Semoga terus panjang umur, sukses dan mendapat rahmat dan kebahagian di dunia dan di akhirat.