Pelajar UiTM Duet Bersama Sarah Suhairi Viral, Suara ‘Power’


Pelajar UiTM punya suara mantap dan padu


By Syafiqah Azman

Video tular mengenai seorang pemuda menyanyikan lagu ‘Jampi’ bersama Sarah Suhairi pada Ahad lalu telah viral di media sosial apabila rata-rata netizen terkejut dengan suara mantap lelaki tersebut. 

Ha ada yang dah dengar ke? Memang terkejut habis dengar suara adik ni! 

Difahamkan pemuda yang merupakan mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu telah menawarkan diri untuk berduet bersama penyanyi Sarah Suhairi setelah mendapat peluang daripada dua pengacara, Sherry Alhadad dan Haziq Hot FM. 

Orang cakap rezeki jangan ditolak betul tak? Tapi apa pun adik ni memang berani sahut cabaran! 


Mengakui dirinya agak gementar, tetapi persembahan yang dilakukan bersama kumpulan Caliph Buskers itu telah mendapat sorakan dan tepukan gemuruh oleh penonton. 

Menerusi media sosial Instagram miliknya, pelajar yang dikenali sebagai Daus atau nama sebenar, Muhammad Firdaus Abdul Rafi, 20, itu mengucapkan terima kasih kepada pengacara kerana memberikan peluang buat dirinya untuk menyanyikan lagu di atas pentas. 

“Terima kasih Sarah Suhairi, Sherry Alhadad dan Caliph Buskers, tak pernah dapat peluang macam ni, tiba-tiba pengacara tanya siapa nak nyanyi.” 

“Aku dengan sengalnya angkat tangan since tak ada siapa angkat, muka baru habis program, baju belang, rambut tak terurus,” tulisnya di ruangan kapsyen. 

Gemuruh habis ya adik Daus ni! Tak kisah lah dik pakai baju belang, rambut tak terurus atau macam mana, yang penting suara adik tu ‘mahal’. 

Apa yang mencuit hati penonton apabila Daus sendiri dengan berani meminta kod D-minor  daripada Azmi yang juga  vokalis Caliph Buskers bagi permulaan lagu Jampi. Amboi, bukan main lagi ya dik! 


Tapi apa yang anda tidak tahu adalah, adik Daus ini merupakan salah seorang peserta yang bertanding dalam Malaysia Championships Performing Arts (MCOPA) 2018 dan telah memperoleh pingat gangsa. 

Sementara itu, Daus juga telah menerima biasiswa bernilai AS$1,500 (RM6,172) yang membolehkannya menyertai World Championships of Performing Arts pada tahun yang sama. 

Bukan calang-calang orang rupanya adik Daus ni ya. Siap dah dapat biasiswa lagi. 

Walaupun dengan biasiswa yang diperolehi adik Daus tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh, kerana ia sudah semesti tidak mencukupi buatnya. 

“Biasiswa yang dapat tak cukup kerana saya terpaksa menduduki peperiksaan ketika itu,” kata penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan ini.   

Bagus betul adik ni! Jangan pernah berputus asa dan kuat semangat ya dik! Semoga impian adik suatu hari nanti tercapai. Amin, Insya Allah.