Kuman pada papan pemotong 200 kali lebih dari tandas??


Papan pemotong yang bersih baik untuk kesihatan yang berpanjangan


By Huzraifah Atikah

Hampir disetiap rumah pasti akan ada papan pemotong, bukan?

Namun, setelah beberapa lama memakai papan pemotong yang sama mestilah lama-lama ianya akan calar-balar serta berdaki dan berkulat. 

Eww, gelinya....

Jadi, jika korang tidak pernah menukar papan pemotong setelah bertahun-tahun lamanya ataupun mengekalkan kebersihan papan tersebut, mesti korang akan terasa nak buang je papan pemotong tu lepas baca fakta-fakta ini. 

Pada Sabtu lepas, Public Health Malaysia telah berkongsi satu posting di Facebook berkenaan papan pemotong dengan keterangan:


Public Health Malaysia juga menegaskan bahawa menjaga papan pemotong amatlah penting kerana ianya adalah untuk memastikan kesihatan masyarakat sentiasa terjaga. 

Kekotoran papan pemotong juga sering menjadi salah satu punca utama bagi keracunan makanan terjadi.

Hal ini kerana, kesan calar pada pemukaan papan pemotong yang kelihatan berdaki dan berkulat itulah tempat pembiakan kuman seperti Salmonella dan e coli. 

Menurut Public Health Malaysia juga:

“Kajian menunjukkan 1 cm persegi papan pemotong mengandungi lebih 24 ribu bakteria. Ini adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding kuman ditempat duduk tandas!”

“Selain itu, perkongsian penggunaan papan pemotong bagi bahan mentah (ayam,ikan, daging) dan sayuran/ buah buahan juga perlu dielakkan.”

Sebagai contoh, selepas memotong ayam, kuman pada ayam mentah akan melekat di papan pemotong, kemudian dengan papan yang sama anda potong sayur ulam dan buah buahan.

Maka, lama-kelamaan, bakteria yang ada pada permukaan yang calar itu akan terkumpul dan seterusnya akan membiak kuman yang boleh membawa penyakit merbahaya. 

Dengan ini, Public Health Malaysia menyarankan untuk ganti papan pemotong kepada yang baru jika papan itu sudah mula kelihatan buruk. 

Seterusnya, sentiasa gunakan papan pemotong yang berbeza untuk bahan mentah, sayuran atau buah-buahan. 


Maka dengan ini juga, yang sedar papan pomotong mereka masih cantik, syabas diucapkan kerana tahu menjaga kebersihan papan pemotong, tapi kepada mereka yang lain tu, bak kata pepatah “siapa makan cili dia terasa pedas”, jadi segeralah tukar ya.

Akan tetapi, mesti ada yang berfikir kalau tidak mahu buang papan pemotong lama, ada tak cara untuk membersihkan papan pemotong lama itu agar ianya kelihatan seperti baharu dan bersih? 

Yup, jawapannya mestilah ada! Korang bolehlah cuba tips ini, ia bukan sahaja membantu untuk mengilatkan semula papan pemotong tetapi ia juga mampu menghilangkan segala daki-baki dan kulat yang ada pada permukaannya. 

Ha, caranya mudah sahaja, mula-mula sediakan tiga bahan yang diperlukan iaitu lemon atau limau nipis, serbuk penaik dan juga cuka. 

Senang dan murahkan bahan-bahan yang diperlukan?

Seterusnya lihat video dibawah dan ikut langkah-langkah yang di tayangkan. Selamat mencuba!