Comelnya Bila Raja Ilya Ajar Suami Mat Salleh Makan Pakai Tangan...


Raja Ilya & Trent Garret


Sudah hampir 3 bulan lebih, pelakon Raja Ilya melayari bahtera perkahwinan dengan ahli perniagaan daripada Australia iaitu Trent Garret. 

Sepanjang tempoh ini, Raja Ilya banyak berkongsi kehidupan peribadinya bersama suaminya di sosial media termasuklah bisnes produk minuman Chocoleez yang mampu menurunkan berat badan. 

Seronok juga bila tengok Raja Ilya menghabiskan masa yang santai bersama suami, membeli barang dapur bersama, pergi gym, belajar menari dan bermacam-macam lagi. 

Terbaru, Raja Ilya telah mengajar suaminya untuk makan menggunakan tangan. Tapi, sebelum mengajar Encik Suaminya makan menggunakan tangan, Raja Ilya telah menyuapkan makanan di mulut suaminya. 

So sweet.... 




Ha... lama-lama Trent pun mesti boleh makan menggunakan tangan... Tapi, pasangan ini memang benar-benar nampak begitu bahagia. 

Haish tak sabar tengok mereka berdua timang anak. Mesti anak diaorang comelkan? Yelah sebab anak campuran Indian Muslim dengan Mat Salleh. Mestilah padu!