Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt Bakal Kahwin Tahun Hadapan!


Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt


Berita ini pasti akan membuatkan ramai peminat wanita yang menggilai Ranbir Kapoor berasa frust kerana aktor Bollywood yang hot dan kacak ini akan mengahwini kekasihnya Alia Bhatt. 

Ya... Ini bukan sekadar gosip semata-mata. Rambir kapoor dan Alia Bhatt dilaporkan cukup serius untuk membawa hubungan mereka ke fasa yang seterusnya dan kemudian berkahwin pada tahun depan. 

Hubungan cinta di antara Ranbir dengan Alia bukanlah menjadi suatu rahsia lagi. Ranbir yang sebelum ini pernah berazam untuk tidak mahu berkongsi tentang kisah peribadi cintanya kepada umum ternyata gagal mengotakan kata-katanya. Sebaliknya, dia tidak habis-habis memperkatakan tentang Alia. Malah tidak segan-silu apabila sering dilihat keluar bersama. 


Baik keluarga Kapoor mahu pun Bhat,, mereka juga nampaknya sangat merestui hubungan kedua-dua pelakon muda ini dan sangat menyukai pilihan masing-masing. 

Menurut sumber terdekat keluarga Kapooor, pasangan ini sedang menunggu Rishi Kapoor iaitu bapa kepada Ranbir untuk pulih sepenuhnya daripada rawatannya bagi membincangkan soal tarikh perkahwinan. 

Ketika ini Rishi sedang mendapatkan rawatan di New York. 

Tidak seperti menantu keluarga Kapoor yang lain, Alia dikhabarkan tidak akan berhenti berlakon selepas berkahwin dengan Ranbir nanti. 

Ranbir pula nampaknya tidak lagi takut untuk memikul komitmen untuk berumahtangga. Malah, nampaknya dia cukup positif untuk menamatkan zaman bujangnya demi Alia Bhatt yang sangat dicintainya.