Puteri Fazley Yaakob ‘Catwalk’ di Peragaan Fesyen Busana Aidilfitri


Alayna Selma bersama Datuk Fazley Yaakob memperagakan pakaian kanak-kanak di Publika semalam


By Syafiqah Azman

Puteri sulung kepada pasangan selebriti, Datuk Fazley Yaakob dan Datin Azrene Soraya, Alayna Selma yang kini berusia lapan bulan menjadi ‘highlight’ di acara peragaan fesyen busana Three Little Ahmads semalam. 


Difahamkan, peragaan fesyen bagi sambutan Aidilfitiri akan datang iaitu #GayaKoleksiRaya2019 ini telah diadakan di Publika dan puteri kepada Fazley serta Azrene telah menjadi salah seorang model untuk memperagakan busana bagi kanak-kanak seusianya. 

Comel betul tau! Tengoklah gaya Alayna berjalan dipimpini oleh bapanya, Fazley sendiri. Amboi, kecil-kecil dah catwalk ya! 


Apa yang lagi menarik adalah jenama Three Little Ahmads dibawah naungan Fazley dan Azrene kali ini adalah hasil kolaborasi bersama Ghaania. Usaha menampilkan fesyen pakaian kanak-kanak ini juga adalah sebahagian daripada sokongan terhadap  kanak-kanak autisme di bawah projek Early Autism. 

Selain Three Little Ahmads x Ghaania, terdapat juga jenama lain yang turut serta di  dalam peragaan fesyen semalam seperti Ezuwan Ismail, Neonate, Fazbulous Raya by Fazura dan juga Fattastic Raya by Fattah Amin. 

Bila lihat baju-baju raya ni, tiba-tiba mood nak raya tu dah datang! Tapi anda semua ni dah siap ganti puasa ke? Ha jangan lupa okay!

Apa pun tahniah buat Three Little Ahmads x Ghaania atas kolabarasi yang sungguh menarik dan unik bukan sahaja buat orang dewasa, malah kanak-kanak juga. Tahniah!