Fizz Fairuz Ingin Saman ‘Mulut Puaka’ Jika Tiada Permohonan Maaf Terbuka


Datuk Fizz Fairuz mahu pemilik akaun tampil buat permohonan maaf secara terbuka


By Syafiqah Azman

Aktor tanah air, Datuk Fizz Fairuz baru-baru ini telah terkena tempias apabila timbul  dakwaan mengatakan bahawa dia telah ditangkap khalwat di Terengganu. 

Gara-gara dakwaan tidak berasas itu, Fizz atau nama sebenar Mohd Fairuz Zainal Abidin, 39, bertegas ingin mengambil tindakan ke atas akaun ‘Makcik Puaka’ yang menyebarkan fitnah tersebut. 


Aktor itu memberi masa sehingga malam Isnin (hari ini) untuk individu terbabit memberi maklum balas berkaitan permohonan maaf secara terbuka itu. 

Menurut satu laporan media tempatan mStar online, Fizz yang sudah pun mengenali individu terbabit enggan membuka aib pelaku tersebut. 

“Saya sudah kenal pasti 70 peratus individu tersebut dan dia adalah orang dalam kalangan seni juga, namun saya tak mahu buka aib dia dan ingin dia berjumpa sendiri dengan saya serta memberitahu masalahnya terhadap saya,” kata Fizz Fairuz. 

Tambahnya lagi, individu tersebut boleh berjumpanya secara depan-depan jika tidak mahu bertemu ketika sesi sidang media. 

Ha, sebar lagi benda yang tak betul! Ingat negara ni tak ada undang-undang? Sekali benda buruk tercalit, orang akan ingat sampai bila-bila tau! 


Pada minggu lalu, viral di media sosial apabila seorang Datuk Seri telah ditangkap khalwat dan pemilik bagi akaun ‘Makcik Puaka’ ini dengan sengaja memberi gambaran bahawa aktor tersebut adalah individu yang telah dicekup khalwat di Pulau Perhentian, Terengganu. 

Namun entri tersebut telah dipadam oleh pemillik akaubn ‘Makcik Puaka’ tersebut setelah satu jam dimuat naik. 


Menerusi laman Instagram story, pemilik akaun ‘Makcik Puaka’ telah membuat permohonan maaf kepada Fizz Fairuz dan isteri, Almy Nadia kerana penyebaran fitnah seperti itu. 

“Kami tahu impak posting itu mungkin menjejaskan reputasi Datuk dan kami ingin memohon maaf sekali lagi,” tulis pemilik akaun tersebut. 

Berani buat, berani tanggung la kan? Sebab tu orang cakap, kerana mulut badan binasa, ha kan dah kena. 

Dalam pada masa yang sama, Fizz turut berkata bahawa dia akan mendedahkan identiti individu terbabit kepada umum sekiranya invdividu tersebut enggan membuat permohonan maaf seperti yang diinginkan. 

“Kalau dia mahu selesaikan isu ini secara baik dan beri kerjasama, saya akan tutup identitinya,” jelas Fizz. 

Atas pemerhatian YC team, akaun ‘Makcik Puaka’ tersebut telah pun menukar namanya kepada @keju.daily dan menjadikan profil akaunnya sebagai ‘private’. 

Apa pun, harap mereka di luar sana sentiasa berhati-hati dalam memuat naik sebarang posting. Manalah tahu boleh jatuh fitnah, tak ke susah jadinya nanti. Sentiasa sebarkan perkara positif bukan negatif, ingat ya!