21 Rahsia Taurus Ini Pasti Bikin Kejutan Buat Kamu!


Gigi Hadid, David Beckham, Adele, Rami Malek, Megan Fox dan Enrique Iglesias


Tahukah anda mengapa selama ini orang yang berbintang Taurus dianggap kental? Mereka juga seringkali dilabel sebagai seorang yang cepat marah dan adakalanya bersikap agresif. Namun, di sebalik semua itu, tidak ramai yang tahu mereka memiliki karektor yang cukup unik dan tersendiri. Namun, ia seringkali terselindung hingga menyebabkan mereka seringkali disalahertikan. 

Untuk memudahkan anda semua memahami karektor Taurus yang sebenarnya, Youth Connect kongsikan 21 misteri tentang Taurus yang perlu anda ketahui. Baca jangan tak baca... 

 1. Sangat santai (laid back) 

Di sebalik reputasi mereka yang begitu agresif dan seringkap dianggap suka marah-marah, Taurus sebenarnya seorang yang laid-back. Mereka sukakan ketenangan, pandai tahu bagaimana mencari peluang untuk bersantai dan menikmati keseronokan kehidupan ini. 

2. Menyerang jika diserang 

Jangan sekali-kali mencetuskan provokasi atau menyerang mereka kerana mereka pasti akan menyerang kamu bersungguh-sungguh tanpa belas kasihan. Kamu pasti menyesal nanti... 

 3. Sangat berdikari 

Dikenali sebagai salah satu zodiak yang sangat bijak berdikari. Malah, mereka mampu melakukan segalanya dengan kemampuan diri mereka sendiri. Mereka tak suka meminta bantuan orang lain.

4. Penasihat yang baik 

Ramai yang gemar meminta nasihat daripada Taurus kerana mereka mempunyai kemampuan untuk memberikan nasihat yang cukup bagus dan memiliki common sense yang baik. Jika ada masalah, kamu perlu mencari si Taurus. 

5. Konsisten, dipercayai dan memiliki sense of humor 

Taurus pasti akan mencari pasangan yang seperti mereka. Mudah dipercayai serta diharapkan. Pada waktu yang sama, mereka sangat menyukai seseorang yang menyeronokkan, memiliki sense of humor dan mampu membuatkan mereka tertawa. 

6. Adakalanya tidak boleh sabar langsung 

Ini adalah salah satu sikap negatif Taurus. Mereka boleh menjadi sangat tidak penyabar jika berdepan degan sesuatu yang yang bergerak dengan terlalu lambat atau perlahan. Taurus sangat agresif untuk mencapai sesuatu dan perkara-perkara lambat dan perlahan, mampu membuatkan mereka berasa frust. 

7. Sangat jujur 

Mereka tidak suka permainan yang cuba menguji seseorang. No games! Mereka sangat jujur dan suka bercakap secara berterus-terang. Bagi segelintir orang, sikap Taurus mungkin dianggap melampau. Tapi, ada yang sangat menghormati pandangan jujur mereka. 

8. Adakalanya terlalu degil 

Ya...Adakalanya mereka ini terlalu degil dan hanya mahu percaya apa yang mereka percaya serta berpegang dengan apa yang mereka rasa betul. Jika anda mampu menyakinkan pandangan mereka adalah salah, mereka akan mengambil masa yang agak lama untuk mengubah fikiran mereka. 

9. Sanggup lakukan apa saja untuk orang yang tersayang 

Mungkin Taurus dilihat sebagai seorang yang tegas dan celupar tetapi percaya atau tidak mereka sebetulnya adalah seorang yang sangat penyayang dan mudah memiliki rasa belas kasihan terutama sekali di kalangan orang-orang yang di sekeliling mereka yang mereka ambil berat. 

10. Gemarkan kehidupan yang terancang dan penuh stabiliti  

Taurus pentingkan stabiliti serta kehidupan yang lebih terancang serta yang menjamin diri dan keluarga mereka. Ini memang sesuatu yang penting buat Taurus. 

11. Mereka realistik yang berpegang kepada fakta! 

Barangkali ada yang melihat Taurus sebagai seorang yang pesimis tetapi yang sebetulnya mereka seorang yang sangat realistik. Mereka berpijak di bumi yang nyata dan lebih fokus kepada hal-hal yang berunsur fakta berbanding fiksyen. 

12. Mental mereka sangat kuat 

Berapa banyak kali mereka jatuh pun, mereka berupaya untuk bangun semula. Tiada perkataan mengalah di dalam kamus hidup mereka. Mental mereka sangat kuat serta berdaya tahan. Disebabkan itu, Taurus seringkali menjadi sumber kekuatan buat ahli keluarga dan rakan-rakan mereka, 

13. Setia sampai bila-bila 

Jika kamu sudah memperolehi kepercayaan daripada mereka, pasti mereka akan terus setia dengan kamu sampai bila-bila pun dan mereka memang dikenali sebagai zodiak yang paling setia di antara zodiak yang lain. Disebabkan itu, ramai yang mempercayai mereka dan sanggup menceritakan rahsia mereka kepada Taurus. 

14. Bikin orang jadi gila, bila mereka stress 

Satu lagi kelemahan Taurus. Tidak bijak menangani stress dan apabila mereka rasa tegang sudah mula memuncak, mereka akan jadi frust serta tidak mampu mengawal diri mereka. Siapa pun melihat mereka pasti akan naik gila. Bagi mereka ruang untuk bertenang. 

15. Mudah menghidu pembohongan 

Ibarat dikurniakan sixth-sense, Taurus ternyata bijak menghidu serta menangkap orang yang berpura-pura atau berbohong dengan mereka. Oleh kerana mereka sangat jujur dengan kamu, mereka juga mengharapkan kamu jujur dengan mereka. 

16. Tak mampu menyintai orang, tanpa kepercayaan 

Sebelum Taurus menyerahkan jiwa dan raga mereka kepada kamu, kamu harus meraih kepercayaan daripada mereka dahulu. Ia memang akan mengambil masa. Tapi, percayalah ia memang sangat berbaloi kerana akan jadi pasangan kekasih yang sangat setia buat kamu. 

 17. Tidak mampu tangani putus cinta dengan baik 

Heartbreak? Sesuatu yang pasti Taurus akan jauhkan kerana mereka tidak mampu menangani diri mereka jika sudah putus cinta dan ia akan mengambil masa untuk pulih. Memang Taurus mudah bangkit dari kegagalan tapi putus cinta adalah sesuatu perkara yang boleh memusnahkan jiwa mereka. 

18. Tidak gemar orang yang kerap bertukar fikiran 

Taurus cepat bosan dengan orang yang gemar bertukar fikiran atau kerap mengubah keputusan. Jika kamu masih tidak mampu mencapai kata putus, jangan terkejut jika Taurus yang melakukannya untuk kamu. 

19. Gemar kehidupan yang baik dan selesa 

Mereka tahu bagaimana untuk memanjakan diri meteka dan mereka mempunyai taste yang baik terhadap hal-hal yang baik di dalam kehidupan. Mereka selalunya akan bekerja keras dan kemudian hasilnya nanti akan digunakan untuk apa saja yang mereka ingin lakukan. 

20. Sentiasa ada bila diperlukan 

 Jika anda perlukan seseorang pada waktu-waktu yang sukar, hubungilah mereka. Pasti mereka akan sentiasa anda buat kamu. Mereka adalah kawan yang sangat baik.

21. Sangat fokus 

Mungkin mereka dilihat sebagai seorang yang relak dan santai, tapi jangan sekali-kali pandang remeh dengan kemampuan mereka untuk mencapai matlamat mereka. Keupayaan mereka untuk fokus dengan pekerjaan yang mereka lakukan beserta dengan  kerja keras, selalunya akan membuatkan mereka ini berjaya di dalam hidup.