Lan Pet Pet Kena Denda, Che Ta Anggap Ini Semua Fitnah


Kakak ipar kepada pelawak terkenal, Rozita Che Wan anggap insiden berlaku kerana fitnah


By Syafiqah Azman

Pelawak terkenal, Lan Pet Pet atau nama sebenar Mazlan Ahmad telah dikenakan denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, Seremban pada Isnin (semalamO selepas mengaku bersalah memukul seorang pengawal keselamatan di kawasan perumahan Acacia Park Desa Jati, Nilai pada 6 April lalu. 

BACA: Pelawak Terkenal Belasah 'Guard' Tua 

Video yang tular di media sosial tempoh hari telah mendapat perhatian netizen apabila ramai mendakwa pelawak tersebut telah memukul, menendang dan membaling batu kepada seorang pengawal keselamatan yang berumur 70 tahun, Yahya Manap atau Pak Ya. 

BACA: Pak Ya Trauma, Mahu Saman Pelawak Terkenal

Alhamdulilah mungkin ini adalah keadilan yang dituntut oleh Pak Ya yang telah mengalami trauma akibat insiden tersebut. 


Namun, lain pula ceritanya apabila kakak ipar kepada pelawak tersebut iaitu  Rozita Che Wan mendakwa bahawa  perkara menimpa adik iparnya itu adalah suatu fitnah.

Rozita Che Wan atau lebih disenangi dengan panggilan Che Ta, 46, menyatakan bahawa media sosial seperti Facebook dan Instagram adalah satu medium bagi netizen untuk menyebarkan fitnah. 

“Sebenarnya insiden itu bukan perkara besar, cuma sebab video tu viral. Media sosial ni ibarat dajjal kecil dalam menyebarkan fitnah,” kata Che Ta. 

Amboi, siap cakap media sosial ni dajjal okay! 

Pelakon jelita itu juga menambah bahawa, adik iparnya itu kelihatan elok sahaja membuat persembahan di Johor dan dirinya menganggap inisiden yang berlaku ini adalah satu fitnah. 

Tapi kalau jelas video sudah menunjukkan perkara yang benar, tak mungkin la fitnah? Ke macam mana? 

Apa pun Lan Pet Pet sendiri sudah pun mengakui kesalahannya di mahkamah dan dikenakan denda. Mungkin kita jadikan ini sebagai satu iktibar buat mereka di luar sana.