Pelancong 'buat hal' di pantai Port Dickson


Gambar yang memaparkan dipercayai pelancong China sedang membuang air besar - Gambar Facebook


By Nadhirah Sofea Rashid

Pelancong yang dipercayai warganegara China buat hal lagi!

Kecoh di media sosial tentang beberapa gambar yang menunjukkan seorang pelancong membuang air besar di pesisiran pantai Port Dickson.

Macam-macam lah. Minggu lepas buat hal depan mall di Sabah, sekarang dekat PD pula.

Baca: Euw, pengotor! Ibu biarkan najis anak bersepah di depan mall!

Pantai PD merupakan antara pantai yang sering dikunjungi pelancong, tidak kira tempatan atau luar negara.

Tak ke tercemar bila ada orang buat najis sesuka hati macam ni?

Rasanya banyak tandas awam yang disediakan dekat PD. Bersih pun bersih, tapi dekat pantai jugak nak melepas!

Image may contain: 2 people, people smiling, ocean and text


Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) Mohd Zamri Mohd Esa, pihaknya kini sedang menyiasat perkara itu selepas tular di media sosial.

Beliau berkata wanita tersebut mungkin terdesak untuk membuang air besar.

Sementara itu, rata-rata netizen turut mengecam perbuatan tidak senonoh pelancong ini. 

Kebanyakan mereka menyifatkan perbuatan itu tidak mempunyai adab.


Adoi, macam-macam perangai pelancong yang kita dengari.

Korang kalau nampak perkara sebegini berlaku, laporkan saja kepada pihak yang berkuasa!