“Kalau tak bahagia takkan dia mengandung kan…” – Datuk Red


Datuk Red tepis spekulasi rumah tangganya bersama Adira Suhaimi sedang goyah


By Syafiqah Azman

Suami kepada penyanyi lagu Pujaan Hati, Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu menepis dakwaan ramai apabila menyatakan rumah tangganya bersama bekas bintang Akademi Fantasia itu kini sedang goyah apabila dilihat berada di mahkamah pada pagi Isnin. 

Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red menjelaskan bahawa kehadirannya di mahkamah adalah kerana urusan lain. 

Tambahnya lagi, entri yang dimuat naik di ruangan Instagram story mengenai anaknya itu adalah secara spontan. 


Menerusi Instagram, Adnan memuat naik beberapa entri memohon agar segalanya dipermudahkan dan turut menyatakan bahawa kekuatan seorang ayah adalah daripada anak-anaknya. 

Mungkin Adnan sendiri rindu dengan sembilan orang anaknya dan berasa sedih kerana terlalu sibuk? Netizen ni bukan main lagi cakap rumah tangga orang sedang dilanda ribut la apa la. 

Sementara itu, Adnan mengatakan bahawa dia tidak kisah jika ada dakwaan netizen menyatakan rumah tangganya sedang goyah kerana baginya dia sendiri yang lebih mengetahui. 

“Biarlah orang nak cakap apa sebab entri tu. Buat masa ini kami bahagia sahaja, kalau tak bahagia takkan dia mengandung sekarang kan,” kata Adnan. 

Adnan turut menjelaskan bahawa keadaan Adira yang sedang hamil sekarang kelihatan sedikit beremosi ditambah pula dengan kwujudan ‘anasir’ luar yang seolah-olah  seperti ingin membolak-balikkan hubungan mereka. 

Biasalah ibu yang sedang hamil memang banyak ragamnya, tapi sebagai suami haruslah penuhi apa yang isteri mahukan, betul tak? Jangan tambah stress kepada ibu-ibu hamil ya. 

Apa pun, semoga segala urusan Adnan dipermudahkan dan semoga Adira dalam keadaan yang baik-baik sahaja. 

Pasangan ini berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Anggerik, 2 dan Assan, 7 bulan serta sedang menunggu cahaya mata ketiga mereka. 

Manakala, bersama isteri pertama, Sharifah Norshafila Hassim atau Datin Red, mempunyai lima cahaya mata. 

Dan hasil perkahwinan sebelum itu, Adnan dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 20 tahun dan 19 tahun.