Kerana tidak memujinya, lelaki dicekik oleh isteri


Lizeth Guadalupe Ramirez - Gambar Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Kita semua tahu wanita suka pujian dan perhatian. Tapi, ada seorang wanita ni pelik sedikit...

Gara-gara suami tidak memujinya cantik, dia bertindak memukul dan mencekiknya berkali-kali.

Peh, lain macam ni!

Wanita, Lizeth Guadalupe Ramirez, 20, yang berasal dari Laredo, Texas kemudiannya ditahan polis selepas laporan dibuat.

Dilaporkan pasangan tersebut sedang menonton wayang ketika Ramirez menanyakan sama ada dia kelihatan cantik atau tidak.

Nak dijadikan cerita, suaminya memberitahu polis bahawa dia tidak mendengar pertanyaan Ramirez.

Akibat tak dengar, dia tak jawablah soalan Ramirez.

Bengang dengan suaminya, Ramirez berkeras untuk meninggalkan pawagam tersebut.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, suaminya mendakwa Ramirez memukulnya malah mencekiknya berkali-kali.

Tidak berhenti di situ, tiba sahaja di rumah, Ramirez terus memukul suaminya walaupun cuba dihalang oleh ahli keluarga.

Menurut Fox News Network, ahli keluarga terbabit turut dipukul.

Ramirez didakwa dengan dua tuduhan serangan dan keganasan keluarga. 

Dia kemudiannya dibebaskan dari penjara selepas membayar ikat jamin sebanyak AS$16,000 (RM65,830).

Macam-macam ragam manusia sekarang. 

Mungkin wanita itu terlalu emosi kerana suaminya tidak memujinya. 

Apa-apa pun korang jangan ikut perangai Ramirez ni okay! Fikir dulu sebelum bertindak!