Blackpink, Ddu Du Ddu Du Versi Tradisional


Pelajar MRSM Kuala Krawang, Negeri Sembilan yang dikenali sebagai Lentera Kesuma memainkan lagu Blackpink, Ddu Du Ddu Du


By Syafiqah Azman

Pernah dengar tak orang main caklempong? Ataupun anda semua tidak tahu apa itu caklempong? Ha yang ni unik apabila beberapa orang pelajar memainkan lagu popular Ddu Du Ddu Du oleh Blackpink dengan menggunakan caklempong.

Cool habis! Rasa macam nak menari pun ada dengar adik-adik ni mainkan lagu Blackpink tapi versi tradisional!


Video yang kini viral di media sosial berdurasi 2 minit itu, menunjukkan beberapa orang pelajar dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Klawang, Negeri Sembilan. 

Hebat betul adik-adik ni mainkan lagu K-pop guna alat muzik tradisional yang berasal dari Minangkabau ni ya. Terus rasa macam lagu tradisional pula tapi versi rancak punya. 

Rata-rata netizen menyatakan rasa kagum mereka apabila melihat persembahan yang dilakukan oleh pelajar MRSM tersebut yang dikenali sebagai Lentera Kesuma (LKS). 


Difahamkan kumpulan yang ditubuhkan pada 2017 ini dianggotai 25 pelajar tingkatan 2 hingga 4, dan sering menyertai pertandingan muzik dan seni persembahan tradisional di seluruh negara. 

Salah satu komen daripada netizen menyatakan bahawa kombinasi antara muzik moden dan alatan muzik tradisional adalah satu tindakan yang bijak.


“Genius! Gabungan moden muzik dan alatan muzik tradisional, dapat menarik minat anak muda sekarang. Memang hebat! Love it,” tulis netizen tersebut. 

Siapa cakap kita tidak boleh bawa budaya tradisional kita ke negara luar kan? 

Bukan itu sahaja, pelajar dari MRSM, Kuala Klawang ini turut pernah memainkan lagu Solo daripada Jennie yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Blackpink. 

Memang terbaik adik-adik ni! Silap haribulan boleh ‘perform’ sama dengan Blackpink! Siapa tahu kan?