Zul Ariffin Telan Beratus Ubat Untuk Pulih, Kenapa Ek..?


Pelakon, Zul Ariffin mula sesi latihan, kembali sihat


By Syafiqah Azman

Aktor terkenal, Zul Ariffin berkongsi mengenai keadaannya yang kini semakin pulih dan sudah memulakan sesi latihan bagi pengambaran filem terbarunya, JRetribusi.

Menerusi Instagram, Zul atau nama sebenar Zulkifli Ariffin, 32, mendedahkan bahawa sepanjang tiga bulan menerima rawatan, pelbagai rintangan yang dihadapi antaranya adalah tidak boleh berjalan dengan tegak.

Sampai macam tu sekali Zul sakit, kesian betul!


“Hari pertama mula sesi latihan setelah tiga bulan sakit, masuk hospital, tak boleh makan macam-macam, telan berpuluh ratus ubat, tak boleh jalan tegak dan macam-macam lagi,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tambah Zul, dia berterima kasih kepada mereka yang telah mendoakan kesihatannya kerana kini dia semakin bersemangat untuk menyiapkan diri bagi filem terbarunya.

Dengar cerita JRetribusi ni sekuel JRevolusi ya? Tak sabar pula nak tunggu filem ni keluar sebab difahamkan barisan pelakon pun gempak habis!

Dalam masa yang sama, Zul turut menjelaskan bahawa dirinya cuma ada lebih kurang tiga minggu sahaja lagi untuk ‘training’ dan siapkan diri sepenuhnya.

Yela ingat senang nak ‘shoot’ filem aksi masa bulan Ramadhan? Kalau tak ‘ready’ mental dan fizikal, memang boleh koyak rasanya.

Rata-rata peminat dan rakan artis memberikan sokongan buat aktor pujaan ramai itu dan menyatakan rasa keterujaan mengenai filem terbarunya itu.

Kita doakan yang terbaik buat Zul dan semoga segalanya dipermudahkan ketika sesi penggambaran itu nanti.

Pada Mac yang lalu, Zul terpaksa dikejarkan ke hospital dan ditahan kerana masalah kesihatan iaitu bengkak di bahagian pankreas.