Suami Tidak Tentu Arah Bila Raja Ilya Tak Memasak...


Raka Ilya dan suaminya, Trent Garret


Setiap kali pulang ke rumah, suami kepada pelakon Raja Ilya iaitu Trent Garret pasti akan menuju ke dapur untuk menikmati air tangan isterinya. 

Namun, bila Raja Ilya memberitahu bahawa dia tidak memasak, suaminya seolah-olah tidak percaya dan akan menggeledah seluruh dapur tersebut. 

Kata Raja Ilya, inilah yang berlaku hampir setiap malam apabila suaminya pulang ke rumah. 

"Sebetulnya ada jer (masak). Saja kacau....," katanya di dalam instagramnya. 

Hahahahaha... Nakal jugak Raja Ilya nih ya. Suka main-mainkan si sang suami. Yang si suami pulak melilau cari makanan di dapur. 

Bila jumpa makanan yang disembunyikan Raja Ilya di dalam ketuhar, punyalah Trent Garret happy. Macam budak-budak. Ha... kalau tak percaya jom tengok video nih... Lucukan?