“Status hanya luah perasaan, bukan betul-betul..” – Fatin Afeefa


Fatin Afeefa muat naik status benci hidup dan ingin mati di Twitter


By Syafiqah Azman

Aktres yang kini meningkat naik namanya di dalam industri hiburan dikatakan telah memuat naik satu status benci terhadap hidupnya di media sosial, Twitter. 

Kenapa sampai macam ni? Okay ke tak tu?

Difahamkan, Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 25, berkata posting tersebut merupakan satu luahan perasaannya sahaja kerana terlalu sibuk sangat bekerja tanpa henti.

Betul la, kalau sibuk sangat bekerja sampai tiada masa ingin berehat, mana tak stress? Jadi, macam-macam boleh keluar, betul tak? 

Menerusi satu laporan media mStar online, Fatin menjelaskan bahawa status tersebut hanyalah luahan perasaannya dan dia sama sekali tiada niat untuk  membunuh diri kerana ia  itu adalah satu dosa yang besar. 

“Saya muat naik status tersebut kerana terlalu penat kerja tanpa henti. Saya hanya tidur dua tiga jam sahaja,” jelasnya. 

Status yang dimuat naik oleh Fatin di Twitter itu menunjukkan bahawa pelakon tersebut benci akan hidupnya dan berniat ingin mati. 

Rata-rata netizen membalas status tersebut dengan menyatakan bahawa Fatin mungkin mengalami masalah kemurungan atau depresi akibat daripada kerja yang tiada henti. 

Walaupun begitu, Fatin menyatakan hanya pakar psikologi sahaja yang dapat mengesahkan kesihatannya dan dia enggan berfikir mengenai masalah tersebut. 

“Saya tak mahu letak diri dalam keadaan begitu sebab hanya doktor sahaja yang boleh mengesahkan perkara tersebut. Saya hanya terlalu penat dan perlukan rehat secukupnya,” tambah pelakon drama bersiri Jodoh-Jodoh Anissa. 


Mungkin Fatin bekerja keras kerana mahu menyara dua cahaya matanya iaitu Adam Aisy Arrian, 7 dan Ivy Herra Sophia yang berusia empat tahun. 

"Segala benda yang saya buat sekarang adalah demi anak-anak saya dan saya hanya inginkan yang terbaik buat mereka berdua," jelas Fatin. 

Ibu mana yang tidak inginkan benda terbaik buat anaknya bukan? Apa pun kita doakan agar segalanya dipermudahkan buat Fatin dan keluarga. 

Pada 21 Disember 2013, Fatin telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Adam Shahz dan telah disahkan bercerai pada 30 Mei 2017.