Datuk Rosyam Nor Tengah Sibuk Cari Lelaki Muda Berhati Kental!


Rosyam Nor


Yang nih memang serius. Pelakon dan produser drama Datuk Rosyam Nor yang kini bergelar usahawan tengah sibuk cari lelaki muda berusia 25-35 yang berhati kental untuk bergandingan dengannya. 

Tapi, jangan pulak you  all semua salah faham ya. Rosyam bukan cari pelakon ya. Tapi, seseorang yang mampu memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Eksekutif Pembangunan Perniagaan. 

Antara skop pekerjaan sebagai Eksekutif Pembangunan Perniagaan yang dicari Rosyam ini adalah merancang dan menguruskan aktiviti perniagaan Suhan Biotechs serta merancang dan menguruskan AMP (Pengiklanan, Pemasaran & Promosi). 

Kriteria yang dicari Rosyam adalah seseorang lelaki lepasan SPM yang berusia 25-35 tahun, memiliki kenderaan sendiri serta menetap di kawasan sekitar Setiawangsa. 

Yang penting hati mesti mahu kental. Yelah, kalau tak kental, macam mana nak hadap segala permasalahan yang mendatangkan dalam hal kerjakan. Itu belum lagi masuk amukan bos (kalau ada...). 

So, ada yang layak ke memegang jawatan nih? Tak pun korang you all boleh share pada keluraga dan rakan-rakan yang tengah sibuk cari kerja. Mana tahu, rezeki diaorangkan? Korang yang dapat pahala....