Pelajar UiTM sedih apabila hasil jualan roti dicuri


Pelajar itu hanya ditinggalkan seringgit - Gambar daripada Twitter


By Nadhirah Sofea Rashid

Kesempitan wang ketika melanjutkan pelajaran menggesa para pelajar bekerja separuh masa dan berniaga secara kecil-kecilan.

Ada yang berniaga kerepek, roti, air dan macam-macam lagi untuk menampung kehidupan.

Kebiasaannya jualan ini diletakkan di tempat hotspot pelajar, macam di tangga, lif dan tepi kelas bersama sebuah bekas untuk pelanggan memasukkan wang.

Namun, apa yang terjadi kepada seorang pelajar ini sangat menyedihkan.

Betul, memang berniaga seperti ini ada risikonya. Tapi, yang mengecewakan apabila ada yang mencuri dalam kalangan pelajar.

Kejadian ini berlaku di UiTM Shah Alam.

Dikatakan pelajar tersebut hanya memperoleh seringgit dan beberapa sen selepas hasil jualannya dicuri.

Rupa-rupanya ramai lagi yang ada pengalaman pahit sebegini.

Pihak UiTM telah pun bersuara dalam hal ini.

UiTM telah memberi amaran keras kepada sesiapa yang melakukan jenayah mencuri!

Hm, mungkin yang mencuri itu juga terdesak?

Tapi, terdesak macam mana sekali pun, mencuri bukanlah solusinya. Kesian dekat yang berniaga tu. 

Mungkin yang berniaga tu lepas ni meletakkan bekas yang berkunci agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.