Nur Sajat Ambil Siti Kassim Jadi Peguam Bela


Nur Sajaat ambil Siti Kassim sebagai salah seorang peguam mewakilinya di mahkamah Shah Alam


By Syafiqah Azman

Kerana urusan perniagaan yang tidak berjalan seperti yang diidamkan, syarikat milik usahawan kecantikan popular, Nur Sajat Kamaruzzaman telah disaman sebanyak hampir RM200,000. 

Tapi apa yang menariknya adalah apabila Sajat telah pun mengupah dua peguam bagi mewakilinya di mahkamah Shah Alam pada 24 hingga 26 April ini. 

Ha cuba teka siapa? 

Salah seorang daripada peguam Sajat adalah seorang aktivis iaitu Siti Kassim manakala seorang lagi adalah Ajeet Kaur. 

Menerusi media sosial Instagram, Sajat telah pun memuat naik satu entri dan seperti menyatakan kepada ‘pihak’ tertentu agar tunggu dan lihat sahaja. 


“Let the games begin. Kita tunggu dan lihat…” tulisnya di ruangan kapsyen. 

Difahamkan usahawan kecantikan popular itu telah disaman oleh dua orang bekas pekerjanya iaitu Mohamed Syakir Hussin dan juga Nurwati Hussin. 

Menurut salah seorang peguam mewakili Sajat iaitu Ajeet Kaur berkata syarikat Nur Sajat Aesthetic telah pun memfailkan pembelaan dan tuntutan balas terhadap Syakir dan Nurwati atas kerugian yang telah dialami di atas tindakan bekas pekerja terbabit. 

 “Tindakan ini belum didengar atas meritnya lagi,” katanya menerusi Malaysiakini. 

Tambahnya lagi, pada 5 Oktober lalu, kedua-dua bekas pekerja tersebut memohon untuk membatalkan tuntutan balas Nur Sajat dengan membayar kos RM3,00 kepada syarikat Nur Sajat Aesthetics, namun telah ditolak oleh hakim mahkamah sesyen Shah Alam. 

Apa pun, harap segalanya berjalan lancar buat Sajat sendiri dan semoga keadilan dapat dituntut di mahkamah minggu hadapan.