Filem Marvel Wajib Tonton Sebelum Endgame! #RoadToEndgame


Avengers: Endgame menanti anda di pawagam 24 April ini!


By Nabil Rahim

Diam tak diam tinggal beberapa hari lagi dah nak masuk penghujung bulan April. Maksudnya apa tu? Sudah tentulah tayangan filem yang ditunggu-tunggu 2019, tak lain tak bukan semestinya Avengers: Endgame! 


Tak ada filem yang lagi hype dari Endgame tahun ini. Macam tunggu tarikh cuti umum pula. Yang menariknya, Malaysia mendapat tayangan dua hari lebih awal dari AS, bermula 24 April. 

Bagi peminat tegar Marvel, ada yang sanggup mohon cuti dari bos untuk menjadi yang pertama menonton filem ke-22 rangkaian Marvel Cinematic Universe (MCU) ini. Sabar dulu, kami faham perasaan anda sudah tidak tahan nak ke panggung.

Selepas mencipta fenomena sejak 2008, MCU kini sudah tiba ke kemuncaknya. Satu kisah terakhir, sebuah konklusi epik, penamat bagi sebuah saga. Oleh itu, pastikan anda betul-betul berada pada landasan yang tepat dalam memahami situasi yang terjadi dalam 21 filem yang lepas, sebelum melangkah ke Endgame. 

Fasa 1 :-

·         Iron Man (2008)

·         The Incredible Hulk (2008)

·         Iron Man 2 (2010)

·         Thor (2011)

·         Captain America: The First Avenger (2011)

·         The Avengers (2012)

Fasa 2 :-

·         Iron Man 3 (2013)

·         Thor: The Dark World (2013)

·         Captain America: The Winter Soldier (2014)

·         Guardians of the Galaxy (2014)

·         Avengers: Age of Ultron (2015)

·         Ant-Man (2015)

Fasa 3 :-

·         Captain America: Civil War (2016)

·         Doctor Strange (2016)

·         Guardians of the Galaxy Vol. 2 (2017)

·         Spider-Man: Homecoming (2017)

·         Thor: Ragnarok (2017)

·         Black Panther (2018)

·         Avengers: Infinity War (2018)

·         Ant-Man and the Wasp (2018)

·         Captain Marvel (2019)

·         Avengers: Endgame (2019)

Secara totalnya, 22 filem menjadi pelengkap 3 fasa pertama MCU berdasarkan tahun filem itu ditayangkan. Penerbit Eksekutif Marvel Studios, Kevin Feige menggelarkan 3 fasa ini sebagai ‘The Infinity Saga’ yang sememangnya merujuk kepada puncak klimaks yang berlaku dalam Infinity War. 

Jika anda masih blur tentang perjalanan MCU, jadi sahutlah seruan pengarah Joe dan Anthony Russo untuk marathon filem-filem yang lepas. Ini mungkin menjadi petanda Endgame bakal bermain dengan timeline atau jangka masa dalam filem terdahulu. Bijak percaturan mereka. Oleh itu, anda perlu hayati plot cerita yang berlaku dalam 3 fasa pertama MCU agar tidak tercicir 24 April nanti.


Harap-harap anda dapat gambaran tentang apa yang terjadi sejak Jotunheim menyerang bumi, ke pertempuran beramai-ramai di Sokovia, kitaran tanpa henti Dormammu sehinggalah pengorbanan tragis Gamora di Planet Vormir.