Baby Girl Shaheizy Sam-Syatilla Melvin Kongsi Birthday Dengan Mommy Khaty


Shaheizy Sam & Syatilla Melvin


Sebelum itu, tahniah diucapkan buat pasangan pelakon Shaheizy Sam dengan Syatilla Melvin kerana telah dikurniakan baby girl pada pagi tadi. 

Syatila telah selamat melahirkan anak keduanya itu di KPJ Ampang Puteri pada jam 9.15 pagi. Kedua-dua anak dan ibu itu berada di dalam keadaan selamat. 


Kata Shaheizy Sam, dia dan Syatilla kini bukan lagi bertiga. 

"Kami bukan lahi bertiga. Alhamdulillah, terima kasih di atas doa semua," katanya di dalam sossial media instagrammya. 

Sepanjang kelahiran cahaya mata kedua mereka itu, Shaheizy telah berada di samping Syatilla. 


Shaheizy Sam yang telah mengahwini Syatilla Melviv pada 8 Februari 2016 sebelum ini telah dikurniakan cahayamata lelaki, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017. 

Menariknya, baby girl Shaheizy dan Syatilla itu turut berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan neneknya, Khaty Fauziah yang juga ibu kepada Shaheizy. 

"Happy birthday mommy. Mommy dapat birthday present yang takde juallah hari ini. Mommy dan baby girkl share the same birthday.

"Lepas nih kena beli dua present. Masak aku," kata Shaheizy dengan nada berseloroh....

Apapun tahniah kepada Shaheizy dan Syatilla di atas kelahiran baby girl pertama mereka dan Happy Birthday to mommy khaty...