Difikirkan hilang, rupanya tertidur dalam bas!


Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang - Gambar Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Sekarang ni banyak kes kanak-kanak hilang. Siapa je yang tak gelabah kalau anak hilang? 

Terbaharu, seorang kanak-kanak dilaporkan hilang ketika berada di sebuah tadika di Presint 3, Putrajaya.

Rupa-rupanya dia hanya tertidur selepas menyertai raptai hari sukan!

Ketua Polis Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata, budak terbabit dibawa pihak tadika untuk menyertai raptai hari sukan tadika tetapi "hilang" selepas raptai.

Pihak tadika membuat pemeriksaan di sekitar tadika tersebut, namun budak itu tidak dijumpai.

“Susulan itu, pegawai penyiasat dan detektif pergi ke tadika berkenaan untuk melakukan siasatan.

“Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di tadika itu dan semua guru di situ disoal.

Budak itu terlibat dalam raptai hari sukan bersama 87 budak lain di Pusat Latihan Agrobank Bangi dan mereka menggunakan tiga bas sekolah sewa.

“Guru pengiring ada membuat semakan jumlah kanak-kanak di dalam bas semasa perjalanan balik dan mendapati jumlahnya cukup, namun sebaik tiba di tadika, tiada semakan dibuat terhadap jumlah kanak-kanak yang keluar dari bas dan mereka diarahkan masuk ke dalam kelas masing-masing.

“Pada 3.20 petang, seorang guru kelas menyedari budak lelaki itu tiada di dalam kelas, namun beg sekolah dan tilamnya masih berada di dalam kelas dan guru menyangkakan dia sudah dijemput ibu bapanya," kata Rosly.

Pada 7.05 malam, pemilik tadika menghubungi pemandu bas dan hasil pemeriksaan dalam bas, terdapat seorang kanak-kanak sedang tidur di kerusi bas.

Polis bergegas ke rumah pemandu bas di Cheras dan memang betul lah kanak-kanak yang dilaporkan hilang itu adalah kanak-kanak yang tertidur dalam bas.

Fuh, adik buat cemas je!

Nasib baik tak ada apa-apa yang berlaku.