Hanis Zalikha Dilantik Menjadi Duta Happikiddo


Pelakon dan usahawanita, Hanis Zalikha bersama pengasas Happikiddo, Elaine Chew


By Syafiqah Azman

Pelakon dan usahawanita popular, Hanis Zalikha kini telah dilantik sebagai duta bagi sebuah jenama berkonsepkan barangan bayi iaitu HappiKiddo pada Rabu.

Majlis pelantikan Hanis atau nama sebenar Hanis Zalikha Zainal Rashid, 28, sebagai duta Happikiddo dilakukan di Hotel Grand Hyatt berserta dengan majlis ‘Baby Shower’ bagi anak keduanya.  


Menurut pengasas HappiKiddo, Elaine Chew, keputusan untuk mengambil pelakon tersebut sebagai duta jenamanya adalah satu kebanggaan kerana Hanis merupakan seorang ibu yang disegani oleh orang ramai. 

Mana tidaknya, kalau kita lihat sendiri bagaimana Hanis menjaga dan mendidik puteranya, Yusuf Iskandar, 2, memang tampak macam ‘cool mommy’ betul!

“Ini merupakan kali kedua kami bersama-sama dengan Hanis dalam perjalanannya sebagai seorang ibu dan saya dengan berbesar hati mengumumkan Hanis sebagai duta Happikiddo,” jelas Elaine. 

Manakala bagi Hanis sendiri, hubungannya bersama Happikiddo sudah terjalin lama sejak kelahiran Yusuf dan kali ini dia berasa teruja dengan kerjasamanya bersama jenama yang tidak asing lagi dari hidupnya sebagai seorang ibu. 


“Hanis memang tidak sangka dan rasa sangat gembira serta besar hati kerana ini kali pertama Hanis menjadi duta buat satu jenama yang dekat sangat dengan hati,” kata Hanis.  

Tidak dinafikan Hanis yang kini mempunyai pengikut sebanyak 4.8 juta di media sosial Instagram, menjadikan dia sebagai seorang ibu yang bekerjaya serta figura ibu contoh apabila dapat menguruskan perniagaan dan pada waktu yang sama menjalankan tugas sebagai seorang ibu serta isteri kepada pelakon terkenal, Hairul Azreen. 

Ingat senang ke zaman sekarang nak jaga anak lepas tu kena masak lagi, dan kena uruskan perniagaan sendiri, tanpa sebarang pembantu rumah? 


Apa yang menariknya dengan Happikiddo ni, kebanyakkan barangnya adalah inovatif dan yang penting, memudahkan para ibu di luar sana dalam segala benda menguruskan anak-anak kecil mereka. 

Ha macam ‘supermom’ dah kan? Apa pun, tahniah buat Hanis Zalikha atas pelantikan menjadi duta Happikiddo!

Kepada mereka di luar sana yang inginkan barangan bayi yang dapat memudahkan kerja anda sebagai ibu, serta berkualiti, dapatkan di Happikiddo! Ada sales tau, cepat sebelum terlambat!