Sekumpulan lelaki cuci bangunan tinggi sambil main TikTok


Enjoy kerja walaupun berisiko tinggi - Gambar Twitter


By Nadhirah Sofea Rashid

Bukan semua orang boleh buat kerja buruh. 

Ramai yang berpendapat kerja-kerja buruh seperti membetulkan pencawang eletrik, membina bangunan dan macam-macam lagi mempunyai risiko yang tinggi!

Namun, demi sesuap nasi, hanya mereka yang berani sahaja yang dapat bertahan dengan pekerjaan yang penuh risiko ini.

Sama seperti kerja mencuci bangunan yang tidak kurang bahayanya. 

Mana taknya, pencuci bangunan tersebut hanya bergantung kepada beberapa tali yang diikat pada bangunan tersebut.

Fuh, gayat woo!

Ha, sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan beberapa orang lelaki pencuci bangunan tinggi menari TikTok di bangunan tinggi.

Peh, bangunan tinggi gila kot! Nah, korang tengok video dekat bawah ni!

Video tersebut dimuatnaik seorang pengguna Twitter Hanzalah Hani dan ia telah ditonton sebanyak 224,000 tontonan!

Tweet tersebut mendapat perhatian ramai netizen dan rata-rata mereka memuji cara sekumpulan lelaki ini bekerja sambil enjoy.

Bukan semua boleh buat macam ni. Nah, tengok lagi beberapa gambar yang dimuatnaik Hanzalah.


Menurut Hanzalah, kerja mencuci bangunan ni sama saja macam kerja lain. Ada stressnya juga.



Ni baru lah 'unsung heroes'! Memang salute lah dekat brother ni!