Najib tengking polis? Biar betul?


Berlaku ketengangan selepas seorang pelajar meluru ke arah bekas PM - Gambar Malaysiakini


By Nadhirah Sofea Rashid

Berlaku kekecohan di perkarangan bangunan Mahkamah Kuala Lumpur semalam apabila seorang pelajar yang meluru ke arah mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak selepas tamat prosiding hari keempat.

Kejadian bermula apabila pelajar tersebut dikatakan ingin menanyakan soalan kepada bekas PM tersebut.

Pelajar tersebut bertanya kepada Najib, kenapa dia tidak dibenarkan mendengar perbicaraan berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

Situasi tiba-tiba menjadi tegang apabila seorang anggota polis menarik dan menghalang pelajar itu menanyakan soalan.

Najib kemudiannya cuba menghalang polis tersebut daripada menarik remaja itu.

"Takpayah lah! Dia nak tanya sikit," sergah Najib sambil memegang tangan pelajar itu.

Walau bagaimanapun, Najib serta merta memalingkan mukanya dan memohon maaf kepada anggota polis tersebut.

Kata Najib kepada pelajar itu, soalan yang ditujukan berada di luar bidang kuasanya.

"Saya tak tahu lah. Kena tanya mahkamah, bukan saya punya kuasa,"jawabnya.

Pelajar yang enggan memberitahu namanya memberitahu dia mahu tahu bagaimana perbicaraan itu dilakukan.

"Kalau rakyat biasa tak dapat masuk, bagaimana nak tengok justice (keadilan) di Malaysia?," soalnya.

Najib kemudiannya menulis penjelasannya dalam sebuah posting di Facebook beliau.

Apa-apa pun pembaca dinasihatkan supaya tengok video penuh dahulu sebelum mengecam atau membuat spekulasi.