Janna Nick Malas Kongsi Benda Baik, Netizen Selalu Cari Salah


Janna Nick kesal dengan sikap sesetengah netizen yang suka cari kesalahan


By Syafiqah Azman

Siapa yang tak penat kalau orang sering cari kesalahan kita,  sekalipun  kita menyebarkan perkara yang baik dan positif, kan? Semua orang pasti akan berasa penat, dan lambat-laun berhenti daripada buat perkara baik. 

Perkara yang sama terjadi kepada Janna Nick apabila sesetengah netizen memberi kecaman terhadap pelakon yang sedang meningkat naik itu  kerana gaya pemakaian tudungnya yang dilihat kurang ‘sempurna’ di mata netizen. 

Macam ambil alih kerja Tuhan pula sesetengah netizen ni kan? 


Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner, 24, membalas komen salah seorang netizen dengan berkata sikap negatif netizen yang gemar mencari kesalahan adalah punca dirinya enggan berkongsi perkara-perkara baik. 

“Sebab tu kadang-kadang kita malas nak kongsi benda baik-baik, sebab masih ada yang cari salah saya,” tulisnya di ruangan komen. 


Menerusi entri yang dimuat naik di media sosial Instagram, Janna berkongsi tentang cara pembacaan taranum yang dilakukan oleh Ustazah Hajah Asina yang kedengaran sungguh merdu. 

Namun, kerana cara pemakaian tudung yang digayakan oleh Janna di dalam video tersebut menampakkan sedikit anak rambutnya, ramai netizen beranggapan bahawa penampilan pelakon drama bersiri Leftenan Zana itu nampak kurang sopan. 


Dalam komen yang sama, Janna turut meminta netizen memahami perkara penting yang ingin dikongsikan menerusi video posting tersebut dan  bukannya mencari kesalahannya.

“Cuba faham point yang saya kongsi dalam video ni. Saya cuma nak kongsi alunan suara ustazah.” 

“Itulah orang kata pokok pangkal hati, kalau hati tu bersih Insya Allah awak akan lebih memerhati keindahan dari menghidu kebusukan,” tambah Janna. 

Susah juga ya kalau semua orang nak cari kesalahan kita. Sampai kongsi perkara baik pun kena kecam. Kalau perkara negatif apatah lagi, mahu kena ‘ban’. 

Mungkin sebelum kita berkata sesuatu, fikir sejenak dan ambil perkara tersebut dari satu sudut yang positif. Bukannya