95 pelajar masih berlindung di kediaman Duta di Sudan


Keselamatan semua pelajar dijaga


By Huzraifah Atikah

Kesemua 95 pelajar Malaysia di Sudan berada dalam keadaan selamat and berlindung di Rumah Malaysia di Khartoum.  

Difahamkan juga, jumlah pelajar Malaysia di Sudan adalah seramai 101 pelajar, namun cuma 95 daripada mereka yang masih berada di sana dan 6 orang lagi sudah pun berada di Malaysia. 

Menurut Kementerian Pendidikan, Education Malaysia Mesir (EME) telah menghubungi Kedutaan Malaysia di Khartoum dan wakil pelajar bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai situasi terkini para pelajar Malaysia di negara itu yang mengalami pergolakan politik. 

EME juga memantau perkembangan terkini daripada Kedutaan Besar Malaysia Khartoum dan Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan untuk menyediakan bantuan sekiranya diperlukan.

Pada waktu ini universiti-universiti di Sudan juga masih ditutup dan tarikh pembukaan semula masih belum diumumkan.

Pada Apr 12, Kerajaan Sudan telah mengisytiharkan perintah darurat selama tiga bulan.

Pengisytiharan darurat itu nampaknya bukan hanya membabitkan perintah berkurung tetapi turut mencakupi penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum selama 27 jam pada April 11.

Kesemua pelajar juga telah dinasihatkan supaya terus mengikuti arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Malaysia Khartoum dari semasa ke semasa. 

Team YC berharap pelajar-pelajar disana akan terus berada dalam keadaan selamat.