Lelaki kantoi masuk tandas wanita ketika cuba mengintai dan merakam mangsa


Lelaki itu juga cuba membuat suara perempuan ketika dipanggil keluar


By Huzraifah Atikah

Hish, dah tak ada kerja lain ke nak buat?

Baru-baru ini seorang lelaki bernama Syed Che Din telah berkongsi satu posting di laman Facebook Gabungan Anak Terengganu (Original).


Dalam posting tersebut dia berkata seorang lelaki telah kantoi masuk ke tandas wanita untuk tujuan mengintai dan merakam mangsa yang masuk ke tandas itu. 

Kejadian itu dikatakan terjadi di tandas awam stesen minyak. Terdapat dua video di muat naik oleh Syed.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9:10 malam itu, seorang wanita mendakwa terdengar bunyi bising seperti tong sanitary pad diubah kedudukannya dalam tandas.

Bimbang dengan perkara yang tidak diingini berlaku, wanita itu meminta teman lelakinya memanggil kakitangan stesen tersebut untuk memeriksa.


Menurut Syed juga, bila pekerja stesen datang mengetuk pintu tandas itu, suspek membuat suara perempuan. 

Namun begitu, apabila mereka mengintai dari bawah pintu, memang kaki lelaki yang dilihat sedang berdiri di dalam tandas tersebut. 


“Bila diugut, barulah dia buka dan memang sah lelaki,” katanya.


Bagaimanapun,  suspek tetap menafikan dakwaan itu dan memberikan alasan yang tidak munasabah.

Seterusnya, Syed berkata dalam masa yang sama ada orang awam yang turut lalu disitu membantu mereka. 

"Bila abang yang lalu tu cuba periksa telefon bimbit dia. Dia punya mengelabah, mengeletar, berpeluh bagai.

“Bila diperiksa, memang penuh dengan gambar perempuan Cina, Melayu yang dirakam secara intai dalam tandas. Dalam muat turun folder pun banyak pornografi jenis dalam tandas juga, memang gila S** betul,” katanya lagi.

Netizen yang membaca posting itu turut memberi komen, mereka berkata:


Kepada wanita-wanita diluar sana, nampaknya kena lebih berhati-hati ketika pergi ke tandas awam ye. 

Pastikan line clear dulu, okay?