Remaja perempuan derita didera 'lelaki jadian'


Alia dan gurunya Mohd Fadli Salleh - Gambar Facebook


By Nadhirah Sofea Rashid

Disaat anak-anak lain menjalani hidup dengan penuh kasih sayang daripada ibu bapa, ada yang menderita terseksa kerana diabai oleh ibu bapa.

Bahkan ada yang lebih terseksa apabila dianiayai oleh ibu sendiri dan pasangan pengkidnya.

Itulah perit yang terpaksa dihadapi seorang remaja 13 tahun, Alia dan adiknya.

Setelah menjadi mangsa dera ibu dan pasangan ibu yang merupakan seorang pengkid semenjak umur 10 tahun, Alia berjaya meloloskan diri daripada kancah durjana itu selepas lari ke rumah neneknya.

Kisah ini dikongsi oleh seorang guru di laman Facebook Mohd Fadli Salleh dan telah mendapat lebih daripada 20,000 perkongsian.

Dikatakan Alia asalnya tinggal bersama nenek sebelah bapanya kerana hak penjagaan diperoleh bapanya selepas bercerai.

Namun, ibu Alia telah melarikannya selepas memberitahu ingin membawa keluar Alia pada Ramadan 2017.

Tubuh Alia dikatakan kurus keding dan kecil persis budak darjah lima.

Alia turut memberitahu dirinya didera secara fizikal dan mental apabila terpaksa membasuh baju seawal pagi dengan menggunakan tangan.

Dia juga mengadu kerap dipukul dan dicucuh besi panas oleh teman ibunya.

Apalah dosa Alia sampai diperlakukan sebegini?

Menurut Mohd Fadli, pengkid tersebut sudah pun berada dalam tahanan polis manakala ibunya menyembunyikan diri.

Rata-rata netizen mengecam tindakan ibu dengan teman pengkidnya itu dan juga memuji Alia atas ketabahannya.

Semoga Alia dan adiknya terus tabah menghadapi kehidupan dan pendera mendapat hukuman setimpal!