Seluar murid koyak, guru luah kesusahan sekolah pedalaman


Keadaan pakaian yang compang-camping


By Nadhirah Sofea Rashid

Nasib pelajar di sekolah-sekolah pedalaman perlu lebih dititikberatkan kerana masih ada yang serba kekurangan dan berada dalam kancah kemiskinan.

Apa yang lebih mengecewakan, nasib dan rintihan pelajar dan guru ini ibarat air jatuh ke daun keladi.

Inilah yang disuarakan oleh seorang guru yang mengajar di kawasan pedalaman Sabah menerusi Twitter.


Jika dilihat dalam gambar, budak ini tetap hadir ke sekolah walaupun keadaan pakaian yang compang-camping.

Ujar gurunya, jika mahu keputusan setaraf dengan sekolah di kawasan bandar, fasiliti dan kemudahan sekolah mestilah bertaraf bandar juga.

Betul lah, kalau bangunan sekolah pun tiada elektrik atau air dan jauh daripada kawasan penduduk dan kadang-kadang jalan raya pun tak ada. Macam mana nak capai keputusan cemerlang?

Rata-rata netizen juga sedih dan kecewa atas nasib yang menimpa kanak-kanak di kawasan pedalaman ini.

Mereka berpendapat kerajaan harus beri tumpuan lebih kepada sekolah yang daif seperti ini.

Semoga perkongsian guru ini mendapat perhatian Menteri Pendidikan kita Dr Maszlee Malik agar kanak-kanak ini mempunyai sinar baru dalam menimba ilmu.