Nikmati Lemang & Ketupat Ketika Ramadhan di The Westin Kuala Lumpur


Juadah Iftar di The Living Room, The Westin, Kuala Lumpur


By Syafiqah Azman

Kurang dari dua minggu lagi kita bakal menemui bulan Ramadhan Mubarak. Rasa macam sekejap sahaja masa berlalu ya? 

Di dalam kesibukan kita dengan kerja, tidak dinafikan untuk memasak juadah ketika bulan puasa memang sedikit sukar. 

Namun, jangan khuatir kerana pada bulan Ramadhan kali ini, The Living Room, The Westin Kuala Lumpur membawakan pelbagai juadah yang menarik serta promosi yang istimewa buat anda semua. 


‘Juadah Iftar’ dari The Living Room menyajikan lebih daripada 50 buah juadah yang menarik, dari makanan Barat sehinggalah tradisional Melayu. Ha siap sedia untuk lihat foto makanan di bawah okay? 


Apa yang menjadikan The Living Room ini lain daripada yang lain adalah juadah istimewa ataupun ‘higlight’ dalam ‘Juadah Iftar’nya iaitu daging kambing panggang. Ha apa yang istimewa? Daging kambing ini telah diperap dan dimasak selama enam jam lamanya. 

Kalau anda nak tahu, memang lembut gila rasa daging kambing ni lengkap dengan rempah ratus yang telah diperap bersama menjadikan daging tersebut penuh dengan seribu rasa! 


Selain daripada itu, sup gear box yang dihidangkan bersama roti dan dimakan ketika panas memang akan membuat anda terangkat habis. 

Tidak ketinggalan, nasi impit, lemang dan juga ketupat palas turut menjadi salah satu juadah istimewa yang disediakan di The Living Room. 

Kalau anda ingat itu sahaja, anda silap! Siapa yang meminati Raja segala buah ini iaitu buah durian?