Keith Foo Buang Tatu 18 Tahun Kerana Tak Mahu Ingat Kisah Silam?


Keith Foo


Bukan semua orang memiliki keberanian untuk membuang tatu yang sudah lama terukir di badan. Namun, lain  pula halnya dengan aktor kacak Keith Foo. 

Pada tiga hari yang lepas, Keith Foo telah melakukan proses membuang tatu di badannya di sebuah klinik dengan menggunakan teknologi laser. 

Kata Keith Foo, ada segelintir orang mendapatkan tatu kerana suka-suka dan ada pula yang melakukannya kerana hal yang berkaitan dengan emosi. Orang yang membuat tatu juga selalunya memiliki hubungan atau kaitan emosi dengan tatu mereka. 

Ia juga dilakukan dengan tujuan hidup yang tertentu. 

"Saya memiliki tatu yang pertama pada usia 18 tahun dan selepas 18 tahun, saya telah  membuang tatu pertama saya. Saya tidak menyesal memiliki (malah saya sangat menyukainya) tetapi ada di antara tatu itu yang telah pun mencapai matlamatnya," kata Keith Foo di dalam sosial media Instagramnya. 

Dia turut memuatnaik video yang menunjukkan bagaimana tatu itu dibuang menggunakan teknologi laser. 

Keith Foo juga menganggap bahawa tindakannya membuang tatu itu adalah sebahagian daripada perjalanan transformatif ke arah kedewasaan, kesedaran spritual, meninggalkan idea tetap dan fikiran yang lebih keterbukaan.