Dilabel Hipokrit, Lisa Surihani 'Back Up' Liyana Jasmay


Pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay dilabel hipokrit kerana penampilannya memakai tudung


By Syafiqah Azman

Memang nasihat itu tidak salah tapi kalau sampai ke tahap  memerli atau menyindir yang melampau, bukankah itu sudah lari dari niat asal? 

Baru-baru ini, aktres Lisa Surihani meluahkan rasa kecewanya apabila segelintir netizen tidak henti-henti mengecam cara pemakaian tudung yang digayakan teman baiknya, Liyana Jasmay. 


Lisa, 33, berkata nasihat yang diberikan oleh netizen di ruangan komen Instagram Liyana dilihat lebih berbentuk sindiran dan perli yang ditujukan kepada pelakon tersebut. 

“Terlalu risau dengan dosa orang lain daripada dosa sendiri. Bila kita nampak orang lain buat benda yang kurang setuju, patut diambil sebagai iktibar,” tulisnya di ruangan komen entri tersebut. 

Lisa turut menambah bahawa netizen seharusnya mendoakan perkara yang baik-baik buat pelakon tersebut berbanding meninggalkan komen negatif. 

Beberapa hari lalu, penampilan pelakon filem Bella & Jamie itu menimbulkan tanda tanya apabila netizen melihat Liyana hanya memakai topi sambil rambutnya disorok di dalam topi. 


Pada Khamis, Liyana, 31, dilihat sekali lagi memuat naik satu video mengayakan tudung dengan menampakkan anak rambutnya di satu peragaan pakaian Hari Raya daripada pereka fesyen terkenal Rico Rinaldi. 


Gara-gara penampilannya yang berlainan itu, ramai netizen meninggalkan komen menyatakan bahawa pelakon dan penyanyi itu bersikap hipokrit dalam menutup aurat. 

“Sikit hari lagi tanggallah tudung dia ni,” tulis salah seorang netizen. 

Namun ada juga netizen yang menegur bahawa seharusnya kita perlu mendoakan yang terbaik buat Liyana dan bukannya berkata perkara yang tidak baik sebegitu. 

Tapi, mungkin ada benarnya, jika tiada perkara yang baik ingin diperkatakan, lebih baik diam sahajakan? Daripada dapat dosa menyakiti hati orang lain, tak begitu?

Pelakon, penyanyi dan juga ibu kepada dua orang puteri itu mula mengenakan tudung sekitar Julai 2017.